luv

Showing posts with label ♥AA KAMPUS♥. Show all posts
Showing posts with label ♥AA KAMPUS♥. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

MY CONVOCATION DAY

Tanggal 19 Mei 2012 tamat la secara rasminya AA telah tamat bergelar seorang pelajar di Universiti. Setelah hampir 5 setengah tahun bergelar pelajar university akhirnya hari yang telah dinanti-nantikan tiba juga. Pelbagai perasaan bercampur baur pada masa itu. Sepanjang 5 setengah tahun bergelar pelajar university, pelbagai cabaran, rintangan, pengalaman, ilmu pengetahuan yang telah AA timba. Semua kenangan ini merupakan kenangan yang terindah dalam hidup AA.

Terlebih dahulu AA nak ucapkan ribuan terima kasih buat keluarga AA terutamanya ibu AA sebab banyak memberi semangat, dorongan dan duit belanja (ayah yg bnyk kasi..hahahaha) dekat AA sepanjang AA study. Terima kasih juga buat semua lecturer AA sama ada di kampus Dungun (diploma) mahupun di Puncak Alam (degree). Halalkan semua yang miss, madam, puan, encik ajar buat AA. Terima kasih juga buat semua BFF, sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan, musuh-musuh (ada ke???hahahaha). Kalian telah mencipta sejarah dalam lipatan diary hidup AA. Terima kasih kerana sudi menjadi watak-watak dalam lipatan sejarah hidupku.

Bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, telah berlangsung convocation AA buat kali terakhir pada 19/05/2012 pada jam 2:00 petang. Terima kasih semua.



UiTM DI HATIKU!!!




Enjoy gambar2 yang ada. Ini je gambar-gambar yang ada sebab gambar AA banyak kat kemera kawan2 AA. AA nie nama je bawak kamera tapi tak guna pun. hahahahaah...so enjoy gambar2 sepanjang convo AA.....
































p/s: Terima kasih buat kesayangan AA yang sudi datang masa convo.... thanks fatin, intan, misha sudi dtg dan bawak hadiah...terima kasih banyk2.....hari yang paling happy buat AA...

buat ayien kan best kalu ko ada sekali :(( fada and cik lis sy sgt marah sbb awk balik before dpt bergambar bersama2....:((

Sunday, January 29, 2012

B.F.F.





Setelah hampir setengah tahun kami tidak dapat berkumpul akhirnya semalam kami dapat berkumpul kembali. Tapi sayang bukan semua ahli group kami ada untuk perjumpaan kali ini. Setelah beberapa kali plan untuk hang out together terpaksa di batal kan, akhirnya semalam kami dapat berkumpul semula. Hanya ayien saja tak dapat berkumpul sekali di sebabkan dia telah pulang ke tahah tumpah darahnya di negeri Terengganu darul Iman.

Perkenalan kami telah terjalin sekian lama. (che2..mcm ayat novel tak???hahaha) Kami di pertemuakan di sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terletak nun jauh beribu batu di timur Malayasia ya itu negeri Terengganu. Persahabatan kami terjalin sejak semester pertama hingga la tamat pengajian diploma dan terus terjalin hingga kami mendapat segulung ijazah dan di harap akan terus terjalin hingga kesyurga yang kekal abadi.

Pelbagai cabaran dugaan dan masalah yang telah kami tempuhi dan kami masih lagi bersama walaupun ada juga ahli group kami yang telah tidak lagi bersama kami atas sebab yang tak dapat kami elakkan. Namun bagi AA mereka masih lagi kawan AA. Sebenarnya banyk cerita dan kenangan yang telah kami tempuhi dan hadapi bersama.

Apa-apa pun selepas ini waluapun kita dipisahkah oleh kekangan waktu, jarak dan keadaan AA berharap sangat kita jangan lupa ataupun lost contact. Walaupun kalian selepas ini akan pulang dan bermaustatin di negeri kelahiran masing-masing dan akan membina kerjaya dan keluarga AA harap kenangan kita bersama tidak sama sekali kalian lupakan. Selamat menempuh fasa baru dalam hidup kita. Bagi AA sama ada kawan sekolah, kawan university, kawan sekerja ataupun kawan-kawan di laman sosial anda adalah kawan terbaik AA selamanya. Tidak ada istilah kawan sekolah lebih baik dari kawan university ataupun sebaliknya. Ingatlah kawan yang pernah sama-sama kita masa suka dan duka adalah kawan kita dunia akhirat walaupun kadang-kadang perselisihan faham itu terjadi namun tak kan hanya kerana 1 kesalahan yang mereka buat kita mahu melupakan kebaikkan yang selama ini merekah pernah buat untuk kita.

AA doakan yang terbaik untuk kalian semua.. Enjoy pic yang sempat kami ambik semalam. Namun alangkah baiknya andai ayien ada sekali.:( no worries next time kita rancang tuk bercuti bersama-sama ya. So sila la kumpul duit dari sekarang. (harap-harap impian untuk bercuti bersama-sama ini akan menjadi kenyataan satu hari nanti walaupun kita kena cancelkan plan kita banyk kali..hahahahaa). Sebelum terlupa thanks Ina sebab sudi antar and ambik AA dekat rumah and belanjar AA semalam. Next time everything on me. hehehe....(ooppss terlupa kalu bab drive bukan on me..hahaha) same goes to others. Insyallah if i da kerja next meeting on me k.... in term of meal..hehehehe..... Maybe kita leh plan to bagan and stay a night at Fatin's house??? eemmm sound good..and make sure ayien pun ada gak...baru best.....

Okay lah enjoy the pic.....







Tuesday, January 24, 2012

AKHIRNYA....

Salam..

Hai semua. Apa khabar? Sihat ke? Ke da h batuk-batuk dan deman? Jangan makan limau banyak-banyak. Hehehehe… Di kesempatan ini AA nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua yang meraikannya. Tahun ini merupakan tahun naga air. Yeayea!!! Tahun AA di lahirkan.hehehe.

Berbalik pada cerita yang AA nak cerita tuk entry kali ini. Seperti yang semua sudah tahu ataupun AA lupa nak bagi tahu, AA sebenarnya masih study lagi. AA sambung degree ini lepas AA abis diploma. Pada bulan JULY 2009 AA telah menyambungkan diri AA tuk ambik degree ini. Seperti yang semua tahu ataupun tak berapa pasti course AA ini mengambil masa 2 tahun setengah. Sepatutnya, mengikut perancangan, AA telah abis study bulan December 2011. Memandangkan kerajaan tetiba telah memanjangkan cuti semester tuk pertengahan 2011, so semester terakhir AA terpaksa dianjakkan. Oleh yang demikian, AA dijangka habis degree pertengahan tahun 2012. Tak kesah apa pun yang terjadi yang penting AA telah menjalankan tanggungjawab as a student sebaiknya.(bukan sebab AA kena extend tau...sbb cuti yang di panjang kan...hahahaahah)

Semua pelajar degree semester akhir dikehendaki menyiapkan satu research study. AA juga harus menyiapkan research study ini bagi menyempurnakan degree AA. Setelah berpenat lelah, berkorban banyak benda, akhirnya research ini AA dapat siapkan juga.

Ribuan terima kasih kepada advisor AA DR. Noorlaila kerana memantau dan menasihatkan AA dalam menyelesaikan research ini. Jasa DR. tak kan saya lupakan. Terima kasih DR. DR memang baik. Kepada kawan-kawan AA Fada dan Cik lis, terima kasih kerana kalian sering membantu AA. Terima kasih kepada pekerja-pekerja APSH kerana sudi menjawab questionnaire AA dan terima kasih kepada K.atie dan Fatin sebab tolong check my grammar, tidak lupa terima kasih kepada Ina kerana memberi contoh research anda as a guideline. Terima kasih semua. Tanpa anda semua mustahil research ini dapat AA sempurnakan.


ini tuk soft copy..


research AA pandangan dari tepi.


akhirnya....tententeng!!!!siap jugak....


Dengan berakhirnya research ini, AA secara tidak rasmi telah tamat belajar.(kalu rasmi bila da convo nanti..hahaahaha) Yeaaaayeaaaa!!!! Penat lelah, suka duka, sedih gembira sepanjang bergelar student degree ini telah AA harungi dan telah AA hadapi dengan sabar. Walaupun tak berapa nak sabar tapi AA tetap abis jugak degree AA ini. Tahniah AA sebab AA berjaya juga abis degree. Selamat tinggal puncak alam, selamat tinggal UITM. Terima kasih banyak-banyak kerana UITM telah banyak berjasa dengan AA dan banyak yang AA pelajari di sini. UITM sentiasa dihatiku.



Gate utama ke UITM Puncak Alam



Di sini la AA menimba ilmu sepanjang degree ini. Bangunan yang tinggi sebelah kanan. itu la faculty AA.

Mercu tanda di UiTM Puncak Alam. Tangga Batu Caves.hehehe


TERIMA KASIH UITM. TERIMA KASIH LECTURER KU. TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN KU. TERIMA KASIH SEMUA. UITM SENTIASA DI HATIKU!!!