luv

Showing posts with label CIKGU ♥AA♥. Show all posts
Showing posts with label CIKGU ♥AA♥. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU

dear diaries.....


Guru (dari bahasa Sanskrit गुरू) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

Dari segi agama pula misalnya agama Hindu dan Sikh, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada para pendita yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian.

AA pasti setiap manusia dimuka bumi ini penah menyebut perkataan guru, cikgu, miss, puan, madam, sir cik dan encik. Pasti semua daripada anda pernah diajar oleh seorang manusia bergelar guru. Setinggi mana pun pangkat anda, guru la manusia pertama yang mengajar anda mengenal huruf dan nombor serta mengajar anda hingga anda berjaya seperti sekarang. Jasa guru amat besar pada setiap manusia dimuka bumi ini. Bagi AA tanpa jasa guru yang mengajar AA, tidak mungkin AA dapat apa yang AA ada sekarang ini.

AA sayang semua cikgu-cikgu AA. Terima kasih cikgu sebab cikgu telah mengajar AA selama ini. Cikgu la sumber inspirasi AA. Kepada semua cikgu yang penah mengajar AA (kalu nk sebut nama cikgu satu2 memang secara jujur nya tak ingat..terutama cikgu sekolah rendah….huhuhu) terima kasih banyak2 cikgu….JASA MU TETAP KU KENANG……




Di sini ada beberapa gambar cikgu2 yang pernah mengajar AA….


Ini cikgu class AA masa form 4 dan 5. Nama cikgu nie ialah PN.NORANI RAHIM. AA sayang sangat cikgu ini.


ini lecturer AA...bagi AA meraka adalah lecturer yang AA sayang sekali. maybe sebab AA rapat jugak ko dengan mereka.lagi pun mereka sangat sempoi....iluvu miss ain and pn dilla...yang kat atas 2 nama die PN DILLA SYADIA dan yang kat bawah nie nama die MISS NOOR'AIN...



ramai lagi yang AA sayang..tapi sorry cikgu sebab xde gambar dalam simpanan AA..tapi cikgu-cikgu sentiasa dalam ingatan dan hati AA...hanya Allah saja yang dapat membalas jasa cikgu....


SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar AA. cikgu-cikgu yang mengajar di SK(P)BUKIT BINTANG 1, SMK SERI BINTANG UTARA, lecturers DOMT UITM DUNGUN TERENGGANU serta lecturers FPTP UITM PUNCAK ALAM....


"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"



p/s: sorry terawal lak entry nie..hehehehe......

Wednesday, February 2, 2011

"DUNIA INI PENTAS LAKONAN MANUSIA"

Sebenarnya kita tidak perlu untuk menjadi seorang pelakon popular, kita tidak perlu berlajar untuk menjadi pelakon popular hingga masuk ke universiti , kita tidak perlu pergi ke ujibakat menjadi anak wayang mahu pun ke pentas pilih kasih kerana dalam hidup semua manusia, anda ialah pelakon terhebat dimuka bumi allah nie. Pernahkah anda terfikir yang manausia dimuka bumi ini adalah seorang pelakon yang berbakat besar????Kadang-kadang kita tidak perasan yang kita ini adalah pelakon terhebat di muka bumi ini.

Sebagai contoh yang paling dekat dengan hati semua oran
g. Pernahkah anda berada di dalam situasi dimana bila kawan kita kata cantik tak baju yang baru dia beli dan kita akan terus cakap..."a'ah cantik..cantik..." padahal dalam hati kita mengatakan baju itu tidak cantik. Selain itu, masa anda tengah berjalan-jalan mahu ke kedai, sampai sahaja anda die kedai anda berjumpa dengan jiran sebelah rumah anda. Dan makcik itu bertanya kepada anda..."Beli barang ke kak???" dan anda menjawab..." A'ah..nk beli barang siket..." sambil memberi senyuman yang paling manis. Tapi dalam hati anda mesti berkata-kata...." dah aku g kedai barang mesti la nak beli barang..dak kan nk beli kereta lak....." Sayang nya kata-kata itu hanya terlepas didalam hati sahaja.

Mengapa benda sebegini terjadi???Adakah kita terlalu hipokrit????Ataupun memang telah di ajar sejak zaman nenek moyang kita dulu??? Bagi AA, ini adalah
salah satu cara bagai kita untuk mengelak daripada melukakan hati orang sekeliling. Kadang-kadang apa yang kita lafazkan secara berterus-terang tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Sebab itu la berlaku nya perkara seperti di atas..Kadang-kadang dalam hidup ini kita perlu berlakon untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang kita sendiri tak mahu jawab...Sebagai contoh nya....bila seseorang itu kecewa atau putus cinta...seboleh mungkin kita tak mahu bercerita dengan orang sekeliling..so apa yang akan kita buat ialah menjadi pelakon yang paling berbakat dalam dunia ini....Berpura-pura gembira untuk menutupi luka dihati...Biarlah orang anggap kita tabah walhal sebenarnya kita hanya memainkan watak-watak dalam cerita yang kita sendiri cipta...BETUL TAK????Mesti anda penah melalui situasi-situasi begini..(haaaaa!!!!!jgn pura2 xmengaku lak)hahahahaha.....

Kesimpulannya, semua orang ada sebab dan alasan sendiri mengapa mereka terpaksa melakonkan watak yang mereka pilih. Bagi AA tanpa watak
-watak lakonan manusia ini, dunia ini tidak akan meriah dan bercorak..Setiap daripada lakonan tersebut membawa impak yang besar bukan sahaja dalam diri pelakon tersebut malah kepada dunia sekeliling kita..Apa yang penting????? kerjasama...hahahahahaha....bukan...bukan..bukan....Apa yang paling penting kita "just enjoy" setiap babak dalam lipatan hidup kita kerana setiap babak itu menjadikan kita lebih matang dan boleh memantapkan lagi mutu lakonan kita...hahahahaha.....





(mana tahu leh menag anugerah..hahahahaha....)




"Berlakon lah selagi anda mampu berlakon dan tidak sampai menyakitkan hati orang sekeliling anda....."







Puding Coklat/Koko....


Bahan-bahan

  • 10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu makan serbuk koko (dibancur dengan 1/2 cawan air dan tapiskan)
  • 1 liter susu coklat (4 cawan)


Cara Membuat

  1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan bancuhan koko.
  3. Masakkan sehingga mendidih seketika. Tutupkan api.
  4. Kemudian masukkan susu coklat dan kacau rata.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk.


SELAMAT MENCUBA.....

Monday, January 31, 2011

RAHSIA BULAN KELAHIRAN - NOVEMBER


Bila baca benda nie banyak-banyak kali....Macam sama je dengan AA...hahahahaha...bab yang paling sama ialah bab 'suka duduk dirumah' dan 'sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia' dan yang penting 'tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi'.....Sebenarnya hampir kesemua perkara yang disenaraikan sama dengan AA.....

Thursday, December 2, 2010

JIKA ESOK TIADA LAGI....


Penah tak kita terfikir Apa yang akan kita buat ataupun ucapkan Sekiranya hari ini adalah hari terakhir kita Kepada siapakah kita ingin bercakap ataupun berjumpa?? Apakah yang ingin kita luahan pada mereka??? Bagaimankah caranya kita ingin meluahkan apa yang kita rasa?? Adakah mereka mengerti maksud kita?? Mungkinkah mereka akan mengenangkan kita?? Pelbagai soalan yang akan timbul Hanya mereka sahaja yang dapat menjawab semua soalan ini
Kepada sahabat-sahabat ku Sekiranya esok tiada lagi bagiku Maafkan la aku Halalkan la makan minumku Ingat la wahai sahabat-sahabatku Kamu la yang istemewa dalam diriku Selain penciptaku, ahli keluarga ku Kamu la yang banyak mengajar ku Memberi pengalaman hidup kepada ku Suka, duka, sedih, gembira, sayu, nestapa telah dipelajari oleh ku Terima kasih sahabat-sahabat ku Kerana kamu la yang mengajarku Erti hidup ini Menjadikan aku manusia yang lebih berguna Dan tabah menghadapi segala dugaan dari maha pencipta Kamu la yang menceriakan hidup ku pabila sedih menyelubungiku Celoteh mu akan ku ingat sampai bila-bila Terima kasih sahabat kerana sudi bersahabat dengan ku Moga allah memberkati persahabatan kita ini Dan ingat la.... Aku sayang kalian semua...






Monday, November 29, 2010

Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je.

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya.

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. Dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan…

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…