luv

Showing posts with label ♥RESEPI AA♥. Show all posts
Showing posts with label ♥RESEPI AA♥. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

BLUEBERRY MUFFIN.

Percubaan pertama AA membuat muffin. Sebenarnya dah lama niat untuk membuat muffin. Tapi masa dan tahap kemalasan selalu menjadi penghalang bagi AA untuk merialisasikan angan-angan mat jenin ini. Tapi tetibe hantu kemalasan dalam diri AA macam hilang pada hari sabtu yang lepas. Dengan itu, AA pun mengambil kesempatan yang ada tuk membuat muffin. Memandangkan blueberry AA beli hari tu masa nak buat apam palkodot masih banyak berbaki, so AA ambik keputusan tuk buat blueberry muffin.

Setelah puas mencari resepi yang berkenan dalam blog-blog masakkan, AA akhinya mengambil keputusan untuk membuat blueberry muffin mengikut resepi CIK MAT GEBU dari blog http://www.tiffinbiru.com



Jom tengok resepinya…..

BAHAN-BAHANNYA :-)
180 gram mentega berkualiti tinggi
170 gram gula halus @ kastor
4 biji telur gred A
350 gram tepung gandum*
20 gram baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
160 ml susu segar (AA guna susu sejat)
1 camca teh esen vanilla
Blueberry filling secukupnya


CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur stau persatu dan terus memutar hingga gebu, jarak watu antara satu biji telur ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan putar rata.
  4. Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan sudukan 1/2 camca teh blueberry filling (AA letak 1 sudu besar) di tengah2nya. Bakar 25 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan sepenuhnyaa...

Wednesday, January 4, 2012

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN....

Resepi nie dah lama da kawan AA minta. Tapi tak berkesempatan nak mengupdate blog nie. So bila ada waktu-waktu terluang nie boleh la AA mengambil masa tuk mengupdates resepi yang dia nak. Okey sukma nie resepi yang ko nak sangat. Sila cuba ya. Nanti kalu dah masak akan ku serbu rumah ko. Hehehehe

Ibu AA sangat suka kek yang berunsurkan buah-buahan campuran. Terutama yang berkukus. Dulu AA ingat lagi dia pernah cuba nak buat kek ini. Tapi kebanyakkan resepi yang dia ada semuanya tak menjadi atau terlalu rumit. Ada sekali kek buah yang ibu buat tak jadi sebab buah-buahannya mendap ke bawah. Pelbagai petua yang ibu ikut tapi still tak menjadi. Sampai lah ibu dapat satu resepi dari kawannya. Usaha ibu menjadi apabila mencuba resepi tersebut. Tapi cara dan penyediaannya agak rumit.

Semenjak AA rajin menjegah ke blog-blog masakkan, minat AA terhadap dunia masakan makin bercambah. Sebelum nie AA just try resepi-resepi simple dari buku masakan ibu je. Tapi bila AA dah terjebak menjadi silent reader bagi blog masakan minat itu semakin mendalam.

Resepi kek kukus buah nie AA dapat setelah membuat perbandingan dengan beberapa resepi di blog masakan. Bagi AA resepi ini mudah dan tidak terlalu rumit. Dan yang paling penting hasilnya memuaskan. Itu yang paling utama.hehehe. AA sebenarnya sangat enjoy berblog walking ke blog masam manis. Blog kepunyaan Pn. AZLITA AZIZ. AA suka cara aunty ita memasak. Sebab bahan-bahan yang aunty ita guna senang nak cari dan yang penting gambar-gambar yang aunty ita display sangat cantik. Lagi satu resepi-resepi yang aunty ita kasi sangat sedap (AA da cuba beberapa resepi dari blog aunty ita). So kepada sesiapa yang nak cuba membuat kek or nak resepi masakan sambil mencuci mata sila la ke blog aunty AZLITA AZIZ. Beliau juga ada memberi tips2 dan langkah-langkah bergambar bagi memudahkan kita membuat resepi beliau. AA sangat enjoy bila berblogwalking di blog beliau.

Okey lah resepi ini AA ambil dari blog beliau. Resepi kek kukus buah-buahan. Semua orang cakap sedap…so jangan malu-malu cubalah try test.hahahahaha TERIMA KASIH AUNTY ITA....:-)

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN
by: AZLITA AZIZ (http://fromintankitchen.blogspot.com)

Bahan-bahan

450 g mentega
400 gula perang atau gula halus (AA guna gula halus saje)
5 biji telur - grade A
600 g tepung gandum
1 sk bicarbonate soda
1 sk cream of tar-tar
1 sk serbuk pala atau serbuk kayu manis (AA tak letak pun.)
450 g buah2an campuran(mix fruits)
150 g kekacang badam
1 sk esen buah2an atau oren atau esen vanilla (AA letak esen vanilla)
220 g gula pasir - utk gula hangus

cara-cara

  1. Ayak tepung, baking powder, cream of tatar dan gaul bersama buah2an campur dan kekacang. Ketepikan.
  2. Mentega dan gula perang dipukul hingga kembang dgn mixer.
  3. Masukkan telur satu-persatu dan terus pukul.
  4. Masukkan juga esen vanilla.
  5. Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2 hingga habis.
  6. Pada masa yang sama, gula pasir tadi dipanaskan di atas api untuk dijadikan gula hangus.
  7. Matikan api dan tuang ke dlm campuran yang sedang diputar tadi dan gaul hingga sebati. (AA guna senduk kayu saje untuk menggaul bahan-bahan yang telah di mixer tadi bersama buah-buahan campuran).
  8. Tuang adunan ke dlm loyang yg telah di alas dan digris keliling.
  9. Tutup loyang dgn aluminium foil.
  10. Kukus kek selama 4 jam. (kukus dengan api yang kuat pada 1 jam pertama dan pelahankan api pada 3 jam berikutnya)





SELAMAT MENCUBA!!!!





cheese cake

Salam tahun baru…

Entry kali ini AA nak cerita pasal cheese cake. Dari dulu lagi AA memang minat sangat nak buat cheese cake. Tapi memandangkan kat umah AA nie oven yang ada tak berapa nak canggih dan AA sendiri tak berapa pandai sangat nak bakar membakar nie so hasrat hati AA terpendam sahaja. Sampai la satu ketika bila AA pergi raya kat rumah bekas jiran AA kat puncak alam. Nama jiran AA yang cantik manis ini ialah k.siti. Nama betul k.siti AA tak tahu la pulak. Hehehehe. Atas jasa baik K.siti la AA dapat buat cheese cake yang tak payah nak bakar2. Dan hasilnya sangat memuaskan hati. So kalu sape2 nak resepi ini sila la salin. Hehehehe….



CHEESE CAKE

By: k.siti jiran (sebelah rumah)

Bahan A

250 g biskut merry.

80 g mentega yang telah dicairkan.

Bahan B

250g Cheese Philadelphia

¾ tin susu pekat manis

3 sudu teh perahan orange (AA tak letak tp gantikan dgn esen vanilla 1 sudu teh)

3 sudu teh serbuk agar-agar kosong (campurkan serbuk agar2 ini dengan sedikit air panas dan kacau hingga larut.)


Cara-cara

  1. Gaul bahan A tadi seratanya dan tekan ke dalam Loyang hingga padat. Tekan bahanA seperti kita membuat nasi impit.
  2. Campurkan semua bahan B ke dalam mixer sehingga semuanya sebati.
  3. Tuang adunan bahan B tadi ke dalam Loyang yang telah berisi dengan bahan A.
  4. Seterusnya simpan dalam peti ais hingga beku





Sunday, September 25, 2011

APAM POLKODOT....

Salam semua....

Dah naik bersawang da blog AA nie. Cuti-cuti nie terpaksa lah AA lapangkan waktu nak bersihkan sawang-sawang yang bermaharajalela nie...hahahaha...

First of all, AA nak cita percubaan pertama AA buat apam yang colorful dan berdot dot. Dah lama sebenarnya AA teringin sangat nak buat apam nie. Dah banyak jugak resepi yang AA intai-intai kat blog rakan blogger AA. Tapi entah kenapa seru nak membuat itu tak sampai-sampai. Sampai la seorang kawan AA kebetulan bawak apam nie untuk jamuan hari raya department dia. AA saje-saje la cuba nasib nak mintak resepi. Dia dengan murah hatinya memberi AA resepi apam ini. So, dengan tak membuang masa AA pun cuba la buat apam ini.

Alhamdulillah jadi. Tapi bak kata pemberi resepi, napa dotdot die bersepah xcantik. Almaklum la percubaan pertama. hehehehe.

Tapi jangan tak tahu ya kawan-kawan, ada orang da termpah da apam nie dengan AA. hehehehe...terima kasih kepada yang menempah. Terima kasih kerana pecaya kat AA. Nanti kalu nak tempah lagi bagi la tahu.

Sebelum terlupa AA nak kasi credit to pemberi resepi iaitu MAI. Terima kasih banyak-banyak mai sebab berkongsi resepi dengan AA.

Meh kita tengok resepi yang dia kasi.....


Bahan-bahannya:
-3 biji telur-dari peti sejuk
-275 gm tepung gandum
-220 gm gula halus
-150 gm susu segar
-3 sudu teh baking powder
-1 sudu kecil ovallete
-1 sudu kecil esen vanila (AA tambah)
-perwarna hijau, merah dan kuning (ikut color kesukaan anda)

bahan2 utk inti:
blueberry filling secukupnya

Cara-cara:
1. masukkan semua bahan apam kecuali pewarna ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan paling maxima selama 6-8 minit.
2. bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan
3. masukkan setiap warna ke dalam piping beg atau bag plastik yang bersih
4. susunkan mangkuk kertas ke dlm acuan lompang
5. picitkan sedikt adunan ke dalam mangkuk kertas
6.kemudian picitkan blueberry filling secukupnya
7. picitkan lagi adunan yg sama warna sehingga 3/4 penuh. (kalu letak penuh pun tak pe.lagi cantik bila die naik...)
8. kemudian picitkan beberapa titik adunan yg berlainan warna ke atas permukaan apam td
9. kukus di dalm pengukus yg telah mendidih slama 10-15 minit
10. angkat dan sejukkan .ulang langkah 4 sehingga selesai..










Tuesday, July 26, 2011

APAM YANG TERSENYUM....

1st time dalam hidup AA buat kuih apam. Sangat-sangat teruja. Selama ini bukan AA tak nak buat kuih apam, tapi mengenangkan nak resepi yang ibu AA ada mengunakan tapai(nasi yang diperap selama beberapa hari) serta penggunaan ragi yang AA tidak berapa pandai telah mematahkan semangat AA nak buat kuih apam. Kalau terasa nak makan AA lebih rela beli saja di kedai. hahahahahaha....nampak sangat malaskan..... Tapi sekarang penyakit itu tidak akan datang lagi.. Sebab AA da dapat resepi yang paling senang untuk membuat Apam.... Resepi ini AA ambik dari blog kak CT. Terima kasih kak CT sebab telah berkongsi resepi ini....jom tengok gambar2 apam yang tersenyum malu-malu kucing....

ENJOY!!!!!
















ok sebelum terlupa, ini AA sediakan resepi yang AA ambik kat blog kak CT....

Bahan-bahan:

  1. 2 cawan nasi
  2. 2 cawan tepung gandum
  3. 2 cawan tepung beras
  4. 1 cawan brown sugar
  5. ¾ cwan gula pasir (dua-dua gula pasir pun tak pe)
  6. 2 ¼ cawan air
  7. 2 sudu kecil yis (mauripan)
  8. Kelapa parut digaul dengan sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur. (masukan air sedikit-sedikit..blend sampai halus).
  2. Setelah hancur, campur brown surgar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dalam bekas lain satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.



Selamat Mencuba!!!!


p/s: maaf AA bukan menyokong bersih..tapi kat rumah hanya tinggal color kuning sahaja.so terpaksalah guna....hehehehehe.......