luv
Saturday, July 6, 2013
WARKAH BUAT BAKAL IBU MERTUAKU
Sunday, June 23, 2013
SALAM RINDU
Hai kawan2. Lama dah tak bersiaran di sini. Dah naik bersawang dan bersemak samun dah blog nie. Masa amat mencemburi AA sejak kebelakangan ini. Mungkin AA bukan the best time management people, tapi AA try untuk menghidupkan blog ini semula.
Banyak yang telah berlaku sejak dua menajak ini. Pelbagai pahit manis kehidupan telah AA tempuhi walaupun takde la mencabar sangat tapi still lelah nak hadapinya. Namun semua itu amat berharga utk mematangkan AA.
Di entry akan datang AA akan citakan serba sedikit apa yang belaku sepanjang ketiadaan AA di blog ini. So sila jangan ke mana-mana. Nantikan cerita2 menarik dari AA...
Saturday, January 5, 2013
ELECTRONIC MAIL FROM BFF
rindu untuk berborak dengan kau
berborak time baring sebelum tido
berborak time makan sampai kering tangan
berborak time masak yang mana aku setakat sediakan bahan dan memerhati kau masak
berborak time kite di atas moto yang mana aku penunggang dan kau pembonceng
berborak time kelas samada secara live atau secara menyurat bile lecturer sibuk membebel kat depan
bercerita perihal kawan
bercerita pasal zaman sekolah masing2
bercerita pasal zaman budak masing2
bercerita pasal kenangan masing2
bercerita pasal masa depan masing2
bercerita pasal impian kita.
saat kite merempit ke kelas
saat kite merempit membeli bahan2 basah untuk masak secara bajet ataupun mewah
saat kite merempit ke pasar malam mencari sup power kite
saat kite merempit ke kedai mamak bile otak dah tepu dengan hafalan
saat kite merempit mencari burger special kite.
saat kau marah lalu menghempas pintu
saat kau keluar selepas itu lalu berbaring di sebelah aku
saat kau katekan kau lapar dan aku juge begitu
saat kite turun ke bawah dengan gelak tawa bagai tiada perselisihan yang berlaku.
waktu kite karok lagu kite
waktu kite meniru time exam yang kau banyak membantu
waktu kite hangout dengan hanya rm40 untuk dikongsi dua
waktu kite pinjam meminjam duit dan barang yang kadang dihalalkan saje tanpe berkire.
yang aku agak kau juga ingat dan rindu
tapi kite bukan seperti dulu
aku di sini dan kau di sane
aku tidak tahu bile dapat berjumpa
tapi aku pasti mase itu aku tiba jua
untuk dititip kate rindu tiap masa
aku rase itu bukan kite kan tik
tapi aku tahu dan kau juga tahu
ada rasa rindu yang tersemat di kalbu
saat kunukilkan rase hati ini
aku mainkan lagu kita berulang kali
mataku pedih menahan sebak di hati
ya aku tahu aku rindu
yang banyak aku pendam sendiri dan biarkan ia berlalu
walau kita jarang ketemu
walau kita jarang berhubung
aku tidak pernah berhenti mendoakan kau dari jauh
aku tidak pernah berhenti berharap kite akan berjumpa lagi
aku tidak pernah lupe impian kita
kite sabar kan tik
in shaa allah masa itu akan tiba nanti
aku rindu sahabat baek aku ini
aku rindu pendengar setia luahan hati aku ini
aku rindu pendengar gelak tawa tangis sendu aku ini
aku rindu penyokong pendorong idup aku ini
aku rindu kau tik
ko tahu aku ego kan tik
tapi buat pertama kalinya
aku mohon maaf tik
andai aku pernah buat kau terasa
andai aku pernah buat kau sakit hati
antara aku sedar ataupun tidak
aku hanya mahu kite rasa harmoni
mane tau kan andai kite tidak sempat berjumpa lagi
haha juz kidding...
*nukilan ini AA terima pada 29/12/12 yang dikirimkan oleh BFF AA. AA kenal dia since diploma lagi. Dia orang pantai timur dan sekarang menetap di sana walaupun AA tahu dia nak sangat berkerja di Kuala Lumpur namun demi keluarga dituruti kehendak mereka. Banyak sangat benda yang AA buat dengan dia dan AA sangat2 rindu time2 dgn dia specially masa degree. Ayien aku pun rindu semua benda yg pernah kita buat dulu...sobsobsobsob....AKU RINDU KO!!!!!
SELAMAT TAHUN BARU 2013
Hai semua... Rasanya tak terlambat lagi untuk AA ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua. Apakah azam kalian??? Azam AA seperti tahun sebelum2nya, nak kurus kan badan.hahaahah. Azam yang tak pernah tercapai. hish2... Namun selain azam tersebut AA just berharap tahun 2013 memberi lebih kegembiraan buat AA dan keluarga. Pada tahun nie AA berazam untuk menjadi seorang umat islam yang lebih solehah dan membahagiakan lagi kedua ibubapa AA. Pada tahun ini juga AA berazam untuk mengkukuhkan lagi ekonomi AA di samping mencari imam buat diri AA. Semoga azam AA ini tercapailah tahun ini. amin....(berazam dgn bersungguh2..hahahaha)
Tuesday, December 11, 2012
USIAKU BERTAMBAH SETAHUN LAGI
thanks intan sbb sudi kasi kek nie. |
1st time ada org sudi wt mcm nie. thanks awk!!!:p |
Note: thanks kepada Miss Shoba sbb belanja makan kat Nandos, thanks Maryatul coz belanja makan nasi ayam sedap, thanks Fatin sebab belanja makan kat Thai Restaurant, thanks ayah n ibu sbb blnja makan chicken chop sedap... wow makan makan dan makan....hehehe ooopssss sebelum terlupa thanks kak lin, mena and kakak dayah sbb kasi hadiah... thanks kalian...
Tuesday, August 28, 2012
IKLAN RAYA YANG MENYENTUH HATI
Tahun ini iklan raya yang mendapat tempat di hati AA dan seluruh rakyat Malaysia ialah iklan raya dari BERNAS. Banyak message yang boleh kita ambil dari iklan ini. Sebelum ini iklan dari arwah Yasmin Ahmad mendapat tempat dihati kita. Apa-apa pun Selamat Hari Raya semua…sorry dah bersawang da blog AA nie..hehehehe
Monday, July 9, 2012
DEJAVU DI KINABALU
Salam hai semua. Seperti yang kita sedia maklum bagi peminat-peminat drama melayu pasti anda tidak akan ketinggalan untuk mengikuti semua drama-drama melayu yang best di tv kan.
Slot Akasia di tv3 antara slot yang mengeluarkan rantaian drama-drama terbaik dan sangat best buat peminat-peminat drama melayu. Dari drama Manjalara dan Spa Q pada tahun 2007 kepada drama seperti Manjalara, Adamaya, Chinta, Nora Elena, Kasih Alia, Soffiya, Tentang Dhia, ke Atas Nama Cinta, Seindah Sakura dan sekarang Slot ini juga menampilkan drama yang sedang hangat diperkatakan iaitu Drama Dejavu Di Kinabalu.
Drama ini mendapat tempat di hati peminat drama-drama melayu kerana munkin jalan cerita yang telah digarap oleh pengarah terkenal iaitu Erma Fatimah yang sangat dekat di hati penonton. Bagi AA drama ini ada nilai yang tersendiri dengan gandingan pelakon-pelakon berbakat besar seperti Aqasha sebagai Ammar, Tizz Zaqyah sebagai Nadirah dan Nazim Othman sebagai Bazli.
Ini ialah synopsis bagi drama Dejavu Di Kinabalu. Dejavu Di Kinabalu mengisahkan Nadira yang telah menerima pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Perwatakan Nadira telah memikat hati Ammar. Apakah yang akan berlaku selepas ini? Drama ini bersiaran setiap hari isnin hingga khamis pada pulu 7 petang hingga 8 malam. Jangan lupa tonton drama yang akan mengundang rasa bahagia dan pastinya airmata buat penontonnya.
Bagi AA drama ini dibuat untuk penonton merasai nilai cinta antara manusia. Betapa besarnya nilai cinta tersebut. Dan yang paling penting cinta itu milik Allah. Sekelip mata sahaja jika di izin olehNYA rasa cinta itu berubah terhadap orang lain pasti ia akan berlaku walau bagaimanpun dalam rasa cinta itu. So mari kita bersama-sama merasai dan mendalami kisah cinta antara 3 watak utama cerita ini iaitu Ammar, Nadirah dan Bazli.