Sebelum 2011 melabuhkan tirainya, AA nak berceloteh siket pengalaman dan perkara-perkara yang berlaku sepanjang tahun ini. Mungkin entry kali ini agak panjang namun AA nak tulis juga (ala bukannya kena tulis sangat pun ko taip je kan AA..jangan nak tipu sangat la….hahahaaha).
Tahun 2011 membawa seribu kenangan yang tak dapat AA lupakan. Sama ada kenangan itu manis mahu pun pahit mahupun masin dan tawar. Semuanya mengajar AA erti kehidupan yang sebenar. Ia juga menjadikan AA lebih kuat dan tabah tuk menghadapi perjalanan yang mendatang.
Tirai 2011 dibuka semasa AA berada di semester terakhir sebelum AA perlu menjalankan latihan praktikal. Di semester terakhir ini AA melalui pelbagai pengalaman yang sangat menarik. Antaranya ialah tersalah tengok time tuk pergi exam. AA masih ingat lagi masa tu paper MCK (customer service). Encik Isk yang ajar. Sebelum final AA dah salin semua jadual exam. Masa AA salin jadual tuk paper nie, AA tulis dalam buku AA paper nie petang. So as a student life, kami akan baca all the notes a day before final (sebab tu la ko nya result tak berapa nak cemerlang AA oittt….hahahaahaha. Please jangan ikut peragai kakak AA nie ye adik2). So lepas subuh AA tertidur semula setelah mentelaah sepanjang malam. Nasib baik la masa tu AA tumpang kawan AA Mida tuk pergi final. Kami da berjanji dari semalam lagi. Untuk dijadikan cerita kawan AA nie pun datang la mengikut masanya. Bila Faezah masuk je dalam rumah dan lihat AA tengah tido, Ayien pun sama melakukan aktiviti yang sama Cuma pada masa itu k.lyn sorang je da ada kat bawah untuk sambung mentelaah. Bagaikan ledakkan lava kedengaran suara k.lyn dari tingkat bawah mengejut kami dengan berkata woi!!!!bangun la paper pagi… Dengan tindakan reflect yang sangat pantas, AA dan Ayien bergegas membasuh muka dan memberus gigi dan terus tukar baju dan membawa segala alat tulis terus turun tuk pergi ke final. Dalam sejarah sepanjang AA mengambil periksa dari UPSR, PMR, SPM, DIPLOMA dan DEGREE, ini la kali pertama AA pergi ambik final tak mandi. Hahahahahaha…. Sangat tidak senonoh dan saat –saat yang sangat mendebarkan. Nasib la kami menumpang Mida. Kalu tidak maunya AA kena repeat paper itu. Dan Alhamdulillah sangat sebab AA lulus paper tersebut sebab pada masa tu da tak ingat pun apa yang AA da baca.hahahaha…. Terima kasih En. Isk. Pengalaman final yang AA tak kan pernah lupa.
Selain itu, tahun ini juga memerlukan AA untuk menjalani latihan industry a.k.a internship. AA sudah menjalani internship AA di KPJ AMPANG PUTERI SPEACIALIST HOSPITAL (APSH). Disini AA telah ditempatkan di bahagian HUMAN RESOURCE. Pelbagai pengalaman dan pembelajaran yang telah AA dapat dari internship disini. Terima kasih Pn. Suriani, K.zah, K.intan dan Alia kerana memberi peluang pada AA menjalani internship AA disini. AA sangat seronok dapat mengenali kalian semua. Tidak akan AA lupa jasa kalian semua. K.intan terima kasih menceriakan hari AA di sana dengan lawak2 dan cerita2 k.intan. K.zah terima kasih kerana akak sentiasa menceriakan keadaan dan memberi peluang AA belajar macam2 disana. Alia thanks sebab selalu lunch dengan akak dan selalu bercerita dan layan perangai gila2 akak dan jangan lupa tolong jaga abang2 akak ya. Jaga je tau, jangan lebih2.hahahahaahaha. Dan akhir sekali pada semua warga APSH, terima kasih kerana menerima kehadiran kami di hospital anda. Anda semua sangat sporting!!! Nanti kalu jumpa kat luar jangan segan2 tegur la AA. Sebelum AA terlupa terima kasih berbanyak buat abg Zaki kerana selalu belanja kami burger. Kalu pergi je kat kedai abg mesti dapat burger free. Terima kasih ya abg. Kepada Zaifol, terima kasih belanja kami di bagan lalang. Jangan lupa kat kami ya. Next time kami pulak belanja ko. Hehehehe. Kepada k.intan n Pn su, terima kasih kasi kain tu. AA sangat suka. K.zah thanks nanti AA beli benda yang AA nak ya. Alia mcm peril je kasi botol air yang tulis smile. Hahaahaha… Akak tahu la if akak tak senyum muka akak a bit sombong bak kata orang. Hahahaah… thanks dear…I like it so much.. Terima kasih semua…Selain itu AA nak ucapkan terima kasih jugak kat Mai sebab sepanjang internship ini AA tumpang kereta dia la. Terima kasih ya Mai. Aku nak mintak maaf if aku ada buat salah sepanjang aku naik kereta ko dan ko halalkan segala2 nya ye. Jangan lupa aku tau.
Selain itu, kisah2 menarik yang terjadi sepanjang tahun ini ialah BFF AA jadi isteri orang. OMG!!!! Still tak boleh percaya lagi. Hahahaha.. Apa2 pun AA sangat gembira dengan berita ini. Tahniah nadia sebab da jadi isteri orang. AA doakan semoga nadia akan menjadi isteri yang soleha dan yang terbaik untuk suamimu. Semoga cinta korang sampai ke syurga. Amin. Selain Nadia, kawan-kawan uni AA pun ramai yang melangkah ke gerbang perkahwinan tahun ini. Antaranya ialah botak dan ina, serta Cha2 serta suami, bedah (AA lupa la pulak nama betul dia, sorry bedah…huhuhu). Rasanya ada lagi tapi AA da lupa la pulak. Apa2 pun doa AA semoga perhubungan yang kalian bina akan diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t serta kekal hingga ke syurga yang kekal abadi. Amin…
Bagi AA masa bersama keluarga dan BFF AA adalah kenagan yang sangat berharga sekali. Kalian merupakan kekuatan AA. Tidak perlu AA sebutkan disini siapa kalian kerana AA percaya kalian tahu siapa yang AA maksudkan. Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi AA. Terima kasih keluarga ku terima kasih sahabat-sahabatku.
Perjalanan AA sepanjang tahun ini ada ups and downs. Tapi AA still berharap semoga tahun depan ada sinar baru yang akan hadir dalam hidup AA. Amin. Mari kita menjadi lebih baik dari tahun ini dan tahun sebelumnya. Semoga tahun 2012 akan menjadikan kita manusia yang lebih baik dan diberkati oleh allah s.w.t. Selain itu moga ibadah kita akan lebih baik pada tahun mendatang ini. Azam tahun baru AA biarlah rahsia…..hahaahahahaha……. apa yang penting AA nak dapatkan kerja secepat mungkin. Hehehehehe…..
Another year is about to end,
Another year is about to begin,
Let's just hope 2012 won't be as painful as 2011
1. For those who made me cry, with every painful tear, thank you. It's called forgive & forget & that's what I'm doing.
2. For those I cared about & left me hanging, good luck.
3. For those who hated me, thank you for making me stronger.
4. For those who back stabbed me, thank you for showing me how FAKE people can be.
5. for the two faced people I met, still can't decide which face is real, mind helping me?
6. For those I still have & love, don't ever change! I love you today, tomorrow and forever!
HAPPY NEW YEAR EVERYONE!!!