luv
Friday, December 16, 2011
HAPPY BIRTHDAY......
Monday, December 5, 2011
MY BFF WEEDING!!!!OMG!!!OMG!!!

Okey entry kali ini AA nak cerita pasal BFF waktu sekolah AA. Diam tak diam semalam 4/12/2011 merupakan hari bersejarah buat BFF AA NADIA IMAN dan AQEEL. Terus terang AA tak pecaya yang my bff da kawen. Serius kot!!!! Apa-apapun AA nak wish tahniah sebab ko da kawen. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan akan sampai ke syurga. Semoga dapat anak yang soleh dan soleha..Amin….cepat-cepat la dapat baby...kalu korang ada baby nanti jangan ajar baby korang panggil aku makcik tau!!!!! ajar depa panggil aku kakak....hahahahahahaaha
AA rasa baru semalam kita habis sekolah , rasa macam baru semalam last paper SPM, rasa macam baru je kita gaduh-gaduh dengan budak sekolah, rasa macam baru je kita g kantin makan-makan, rasa macam baru je kita balik naik lrt sama-sama. Rasa macam baru je benda nie kita buat sama-sama. Padahal semua kejadiaan nie dah kita tinggalkan hampir 6 tahun. Hehehehehe… Cepat sungguh masa berlalu…
Tak sabar lak nak tengok sapa antara kita yang lain akan ikut jejak NADIA IMAN…hehehehehe…..


Wednesday, November 23, 2011
ALLAH PANJANGKAN USIA MU.....

Selamat ulang tahun AA
Alhamdulillah... Syukur kepada Allah s.w.t sebab pada ulang tahun kali nie AA still bernafas dan dapat melalui saat-saat sweet 17.hahahahaaha….(17 ke?????tettt!!!!)hahahaha… Terima kasih Allah kerana sepanjang AA hidup pelbagai keadaan telah AA tempui. Walaupun birthday kali ini tidak ada lilin untuk AA tiup, tiada kek untuk AA potong, tiada party yang Ibu adakan TETAPI apa yang penting, AA sangat bersyukur kerana Allah telah memberikan AA kehidupan yang bahagia. Segala duka yang AA tempuhi telah mengajar AA lebih bersyukur dan menjadi pengajaran yang paling berguna buat AA.
Buat teman-teman yang sudi meng’wish AA, dekat FB, TWITTER, BBM, MSG OR CALL terima kasih banyak2. Kerana anda sudi dan rajin mengwish AA. Moga doa kalian di makbulkan oleh Allah…Amin….
Okey la, AA nak tulis surat siket buat cik adik comel nie…hehehehehe…..
| Dear AA,
Happy birthday AA dear. May Allah bless you and may all your dream comes true. Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Moga dijauhkan dari segala fitnah. Moga cepat dipertemukan jodoh. Semoga bertemu dengan jodoh yang terbaik didunia dan diakhirat. Moga cepat dapat kerja. Semoga menjadi anak yang soleha dan tidak lupa diri bila sudah berjaya. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari segala penyakit. May happiness always be around you. May you stay cheerful and happy always. Semoga Allah makbulkan segala doa ini.
Lalui hidup ini dengan tenang dan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan yang mendatang. I know you can do it!!! HAPPY BIRTHDAY DEAR….:)
Yours sincerely,
|
Tuesday, November 22, 2011
HAPPY BIRTHDAY

happy birthday... May the best of your past be the worst of your future. A birthday is just the first day of another 365-day journey around the sun. Enjoy the trip. Just because we don't talk anymore, doesn't mean that I don't care about you any less than I did before. May all your wish comes true. I pray for your happiness. Happy birthday......
MEMBERSIHKAN SAWANG-SAWANG...
Assalammualaikum!!!!

wow dah bersawang dah rumah nie. Lama betul AA tak mengemas. Sorry ye kawan-kawan, tuan rumah busy sangat sekarang nie. Busy berjuang untuk kali terakhir. Amboi, macam nak pergi berperang la pulak. hahaahaha... Almaklum la semalam Harimau muda mengaum ganas di Indonesia. hahaha.... Anyway, good job Harimau muda.... My apex doing a good job....hehehe.....
okey la, rasanya da abis da sapu rumah nie. Kejab lagi nak datang mop pulak....
byeeee......aaauuummmm!!!!!!!!!!!
Sunday, September 25, 2011
APAM POLKODOT....
Dah naik bersawang da blog AA nie. Cuti-cuti nie terpaksa lah AA lapangkan waktu nak bersihkan sawang-sawang yang bermaharajalela nie...hahahaha...
First of all, AA nak cita percubaan pertama AA buat apam yang colorful dan berdot dot. Dah lama sebenarnya AA teringin sangat nak buat apam nie. Dah banyak jugak resepi yang AA intai-intai kat blog rakan blogger AA. Tapi entah kenapa seru nak membuat itu tak sampai-sampai. Sampai la seorang kawan AA kebetulan bawak apam nie untuk jamuan hari raya department dia. AA saje-saje la cuba nasib nak mintak resepi. Dia dengan murah hatinya memberi AA resepi apam ini. So, dengan tak membuang masa AA pun cuba la buat apam ini.
Alhamdulillah jadi. Tapi bak kata pemberi resepi, napa dotdot die bersepah xcantik. Almaklum la percubaan pertama. hehehehe.
Tapi jangan tak tahu ya kawan-kawan, ada orang da termpah da apam nie dengan AA. hehehehe...terima kasih kepada yang menempah. Terima kasih kerana pecaya kat AA. Nanti kalu nak tempah lagi bagi la tahu.
Sebelum terlupa AA nak kasi credit to pemberi resepi iaitu MAI. Terima kasih banyak-banyak mai sebab berkongsi resepi dengan AA.
Meh kita tengok resepi yang dia kasi.....
Bahan-bahannya:
-3 biji telur-dari peti sejuk
-275 gm tepung gandum
-220 gm gula halus
-150 gm susu segar
-3 sudu teh baking powder
-1 sudu kecil ovallete
-1 sudu kecil esen vanila (AA tambah)
-perwarna hijau, merah dan kuning (ikut color kesukaan anda)
bahan2 utk inti:
blueberry filling secukupnya
Cara-cara:
1. masukkan semua bahan apam kecuali pewarna ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan paling maxima selama 6-8 minit.
2. bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan
3. masukkan setiap warna ke dalam piping beg atau bag plastik yang bersih
4. susunkan mangkuk kertas ke dlm acuan lompang
5. picitkan sedikt adunan ke dalam mangkuk kertas
6.kemudian picitkan blueberry filling secukupnya
7. picitkan lagi adunan yg sama warna sehingga 3/4 penuh. (kalu letak penuh pun tak pe.lagi cantik bila die naik...)
8. kemudian picitkan beberapa titik adunan yg berlainan warna ke atas permukaan apam td
9. kukus di dalm pengukus yg telah mendidih slama 10-15 minit
10. angkat dan sejukkan .ulang langkah 4 sehingga selesai..
Sunday, September 11, 2011
BALIK KAMPUNG OH...OH...BALIK KAMPUNG!!!!!
Salam semua. Masih mood beraya lagi ke??? Entry ini agak lewat kerana sejak dua menjak ini AA sangat-sangat busy. Dari hari isnin yang lalu (5/9/2011) AA telah memulakan praktikal AA. So, masa AA sangat suntuk. Setelah seharian berkerja, balik saja rumah AA rasa sangat letih. Al maklum la da lama da lama bercuti. hehehehe.
Bercerita pasal raya, AA setiap tahun sejak AA lahir, AA akan pulang ke kampung sebelah ayah di Negeri Sembilan dahulu. Selepas raya ke dua ataupun pagi raya ke tiga baru la AA akan pulang ke kampung ibu AA di Johor. Setiap tahun pekara yang sama berulang-ulang. Di Negeri Sembilan, AA ialah cucu yang sulung. Tidak ada cousin yang sebaya dengan AA. So, AA lebih rapat dengan makcik-makcik di sebelah sini.
Tahun ini, tradisi sudah berubah. Ini kerana raya pertama AA beraya di Kuala Lumpur. Malam raya pertama baru kami pulang ke Negeri Sembilan dan pada raya ketiga baru kami pulang ke Johor.
Okey la, malas la AA nak membebel panjang...so enjoy the pictures....
