luv

Wednesday, May 23, 2012

MY CONVOCATION DAY

Tanggal 19 Mei 2012 tamat la secara rasminya AA telah tamat bergelar seorang pelajar di Universiti. Setelah hampir 5 setengah tahun bergelar pelajar university akhirnya hari yang telah dinanti-nantikan tiba juga. Pelbagai perasaan bercampur baur pada masa itu. Sepanjang 5 setengah tahun bergelar pelajar university, pelbagai cabaran, rintangan, pengalaman, ilmu pengetahuan yang telah AA timba. Semua kenangan ini merupakan kenangan yang terindah dalam hidup AA.

Terlebih dahulu AA nak ucapkan ribuan terima kasih buat keluarga AA terutamanya ibu AA sebab banyak memberi semangat, dorongan dan duit belanja (ayah yg bnyk kasi..hahahaha) dekat AA sepanjang AA study. Terima kasih juga buat semua lecturer AA sama ada di kampus Dungun (diploma) mahupun di Puncak Alam (degree). Halalkan semua yang miss, madam, puan, encik ajar buat AA. Terima kasih juga buat semua BFF, sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan, musuh-musuh (ada ke???hahahaha). Kalian telah mencipta sejarah dalam lipatan diary hidup AA. Terima kasih kerana sudi menjadi watak-watak dalam lipatan sejarah hidupku.

Bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, telah berlangsung convocation AA buat kali terakhir pada 19/05/2012 pada jam 2:00 petang. Terima kasih semua.



UiTM DI HATIKU!!!




Enjoy gambar2 yang ada. Ini je gambar-gambar yang ada sebab gambar AA banyak kat kemera kawan2 AA. AA nie nama je bawak kamera tapi tak guna pun. hahahahaah...so enjoy gambar2 sepanjang convo AA.....
































p/s: Terima kasih buat kesayangan AA yang sudi datang masa convo.... thanks fatin, intan, misha sudi dtg dan bawak hadiah...terima kasih banyk2.....hari yang paling happy buat AA...

buat ayien kan best kalu ko ada sekali :(( fada and cik lis sy sgt marah sbb awk balik before dpt bergambar bersama2....:((

Wednesday, May 9, 2012

HAPPY BIRTHDAY FA!!!!



seperti yang di janji kan....ini la gerangan orangnya....
anyway HAPPY BIRTHDAY FA!!!
may all ur wish come true
may allah bless you....
aminn.....





~credit to google and fanpage FA~




P/S: tidak lupa kepada kawan saya MISYA...happy birthday...eeeee sama la birthday awk dengan abg Fahrin sy...hahahaa....semoga anda akan sentiasa diberkati dan may all ur wish come true....aku tahu ko pasti baca blog nie....

Tuesday, May 8, 2012

HARI JADI DIA.....


Semalam 7/5/12 merupakan hari jadi dia. Walaupun kenangan ini sudah tercipta hampir 5 tahun yang lalu, namun masih segar di ingatan AA setiap apa yang berlaku. Sebagai manusia biasa kita harus pasrah dan terus tabah menghadapi ujian yang datang. Namun bagi AA dia merupakan salah seorang manusia yang berjaya berada dalam lipatan diary hidup AA sebagai kenangan yang paling indah walaupun terselit pahit dan payaunya. Banyak yang AA belajar dalam menyelusuri perjalanan hidup AA bersama dia. Apa-apa pun AA doakan yang terbaik untuk dia dan segala doa dia dimakbulkan oleh Allah. Amin.

Besok 9/5/12 merupakan hari jadi dia. AA sendiri tak sedar sejak bila AA suka dengan dia. Tapi yang AA tahu, AA suka sangat dengan cara dia. AA sangat harap yang AA akan dapat suami macam dia walaupun AA sebenarnya tak kenal rapat dengan dia.hahahaha…. Agak gila statement AA kan. Namun AA suka sangat tengok dia, suka cara dia, suka bila dia layan semua orang. Mesti semua orang tertanya2 kan sapa la dia ini…hahahaahaha.. Jengjengjeng!!!!!hahahahaha Apa2 pun AA nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY IN ADVANCE...

Kepada sesiapa yang nak tahu siapa dia, esok AA akan bagi tahu.....tungguuuuuuu!!!!!!


HAPPY BELATED BIRTHDAY Awak....





Tuesday, May 1, 2012

PESTA BUKU 2012

Salam semua.



Dah berlapuk rupanya blog AA nie. Maaf semua, sebab dah lama AA tak bersiaran. Kekangan masa adalah perkara yang tak dapat AA hindarkan. Apa-apapun AA still sihat dan banyak jugak entry2 yang AA nak story. Untuk permulaan ini AA nak cita pasal Pesta Buku di PWTC.

Ahad lalu AA dan kawan-kawan sehospital telah menyerang PWTC dengan rakusnya. Korang boleh bayangkan tak kalu kita berada di tengah-tengah ribuat buku, novel, majalah dan lain. Yang buat AA sangat teruja apabila semua novel yang AA nak ada kat tempat ini. Lagi satu harga2 pun boleh tahan. Diskaun la katakan. Tanpa membuang masa yang ada, AA pun memilih novel2 yang AA nak. Dan hasilnya ada dibawah ini.

Tapi AA sediket kecewa sebab ada jugak antara novel2 yang AA nak tak dapat beli (sebab bajet tak takde) dan ada jugak novel2 yang AA nak tidak ada diterbitkan (hampa dan kecewa). Apa-apapun AA sangat2 teruja sebab AA dapat jumpe dengan penulis novel yang satu-satunya boleh membuatkan air mata AA mengalir dengan lajunya walaupun berulang kali membaca novel beliau. Cher teka cher teka sapa novelis itu????hahahahahaha. Sapa lagi kalu tidak SITI ROSMIZAH.

Okey la enjoy la gambar-gambar novel yang AA beli kat pesta buku ini…..








owh lupa nak bgthu. AA tak tahu la sama ada AA nie ketinggalan zaman or tak ambik tahu hal sekeliling. Tapi AA baru tahu novelis siri YOYO keluaran cretive Liana Afiera Malik telah kembali ke rahmatullah bulan Julai tahun lepas. AA sangat2 suka novel2 dari beliau. So maksudnya takde la sambungan siri YOYO erk?? Apa2 pun mari lah kita sedekah kan Al-Fatihah buat arwah.

Saturday, March 31, 2012

PESANAN UNTUK LELAKI.....


Jangan pikat WANITA

kalau anda tak bersedia cintakan dia

Jangan buat WANITA jatuh cinta

kalau anda tak cintakan dia

Jangan sakiti hati WANITA

kalau anda tiada hati untuknya

Jangan mainkan perasaan WANITA

kalau anda tiada perasaan untuknya


HARAM jika jadikan WANITA kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya…


~USTAZ AZHAR IDRUS ~

Sunday, March 11, 2012

BIRTHDAY CELEBRATION IN ADVANCE.....

Happy birthday in advance for you Maryatul.

Semalam AA dan kawan-kawan celebrate my BFF birthday in advance. Nak celebrate masa birthday dia tak boleh sebab busy masa tu. So AA pun plan dengan Intan nak celebrate semalam. Kebetulan Maryatul ajak pergi lunch. So senang la siket AA nak buat plan. Ikut perancangan AA cakap dengan Maryatul kita nak wat farewell for Syaza sebab end of this month Syaza nak fly blk US. So tanpa berperasangka buruk Maryatul pun ingat kek yang AA bawak tu untuk Syaza.hahaha..anyaway enjoy the pictures yang AA dah letak. Sebab malas nak melalut panjang2..hehehehe….




die hard fan of MU......



selamat panjang umurnya.....hehehe









hasil kerja tangan intan...so sweet and cute intan...thankss...tp jangan lupa frame and gambar aku ya...heheheheh


kami berkawan hampir 17 tahun..bff for ever...moga persahabatan ini kekal hingga ke syurga...amin........


p/s: semalam celebrate ini berlaku sejurus selepas AA abis kerja. sebab tu la tak sempat nak balik rumah tukar baju ya.. bukan sesaje nak pakai baju uniform kerja tuk berjalan2...hahahaha..