luv

Monday, July 9, 2012

DEJAVU DI KINABALU


Salam hai semua. Seperti yang kita sedia maklum bagi peminat-peminat drama melayu pasti anda tidak akan ketinggalan untuk mengikuti semua drama-drama melayu yang best di tv kan.

Slot Akasia di tv3 antara slot yang mengeluarkan rantaian drama-drama terbaik dan sangat best buat peminat-peminat drama melayu. Dari drama Manjalara dan Spa Q pada tahun 2007 kepada drama seperti Manjalara, Adamaya, Chinta, Nora Elena, Kasih Alia, Soffiya, Tentang Dhia, ke Atas Nama Cinta, Seindah Sakura dan sekarang Slot ini juga menampilkan drama yang sedang hangat diperkatakan iaitu Drama Dejavu Di Kinabalu.

Drama ini mendapat tempat di hati peminat drama-drama melayu kerana munkin jalan cerita yang telah digarap oleh pengarah terkenal iaitu Erma Fatimah yang sangat dekat di hati penonton. Bagi AA drama ini ada nilai yang tersendiri dengan gandingan pelakon-pelakon berbakat besar seperti Aqasha sebagai Ammar, Tizz Zaqyah sebagai Nadirah dan Nazim Othman sebagai Bazli.

Ini ialah synopsis bagi drama Dejavu Di Kinabalu. Dejavu Di Kinabalu mengisahkan Nadira yang telah menerima pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Perwatakan Nadira telah memikat hati Ammar. Apakah yang akan berlaku selepas ini? Drama ini bersiaran setiap hari isnin hingga khamis pada pulu 7 petang hingga 8 malam. Jangan lupa tonton drama yang akan mengundang rasa bahagia dan pastinya airmata buat penontonnya.

Bagi AA drama ini dibuat untuk penonton merasai nilai cinta antara manusia. Betapa besarnya nilai cinta tersebut. Dan yang paling penting cinta itu milik Allah. Sekelip mata sahaja jika di izin olehNYA rasa cinta itu berubah terhadap orang lain pasti ia akan berlaku walau bagaimanpun dalam rasa cinta itu. So mari kita bersama-sama merasai dan mendalami kisah cinta antara 3 watak utama cerita ini iaitu Ammar, Nadirah dan Bazli.