luv

Saturday, July 6, 2013

WARKAH BUAT BAKAL IBU MERTUAKU

SALAM,

         Kehadapan bakal  ibu mertuaku. Saya bukan Siti Khadijah wanita luar biasa dalam sejarah wanita islam yang teramat mulia.  Bukan pula Fatimah yang hebat ketabahannya.  Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat cantiknya.

         Saya hanya wanita biasa dengan ketakwaan yang biasa, ketabahan yang tidak seberapa dan kecantikkan saya tidak pantas dihitungkan.

          Namun ibu, saya wanita akhir zaman yang mempunyai cita-cita yang ingin menjadi seorang isteri soleha, yang akan berusaha mengabdikan diri pada calon suami saya dan juga padamu, calon ibu mertuaku.

          Saya bukanlah musuh mu yang ingin merebut perhatian dan kasih sayang anak mu tapi saya akan menjadi sahabatmu dan memberi seluruh kasih sayang saya pada anak mu.

         Ibu, jangan lah bimbang.  Saya akan menjadikan anak ibu lebih taat pada ibu dan saya akan katakan pada anak ibu yang ibulah lebih utama mendapat perhatiannya daripada saya.

         Saya harap ibu dapat menjadi penasihat saya jika saya alpa dan boleh menjadi pendengar yang setia jika saya memerlukan kerana saya bukan lah Siti Hajar yang tabah melalui penderitaan.

Yang benar,


Bakal menantu perempuanmu.