luv

Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN...


biar kulit segelap almond london,
asalkan hati secui kuih bangkit,
biar iman sekental dodol,
jangan senipis tempeyek,
biar jiwa selembut baulu,
asalkan akhlak secantik semperit,
senyumlah semanis wajik,
agar lebaran yang disambut lebih bermakna..

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin kepada semua.


Tahun nie raya yang tak best bagi AA sebab 1st day raya AA still ada kat KL lagi. Selalunya AA akan balik ke kampung belah ayah AA kat Negeri Sembilan sehari or dua hari sebelum raya. Suasana kat kampung sangat best. Tapi tahun nie AA akan pulang ke kampung malam raya pertama. Sedih nya. Tak boleh ikut makcik pakcik pergi raya pada raya pertama. huhuhuhu... Apa-apa pun nasib ada ibu dan ayah kat KL nie. Tak la sunyi sangat. Cuma takda uwan, atau, makcik dan pakcik dan sepupu sepapat je la...huhuhuhu

Apa-apa pun AA nak mengambil kesempatan ini nak mintak maaf kat semua andai kata AA ada terguris hati, terlepas cakap, terkasar laku, terlebih perbuatan. Ampun maaf dipinta. Semoga raya tahun ini lebih bermakna dari raya sebelumnya bagi anda sekeluarga.

Pesanan dari penaja. Berhati-hati di jalan raya, Biar lambat asalkan selamat. Sebelum pulang ke kampung, pastikan semua elektrik dan gas di rumah anda dipadam dan tingkap serta pintu pastikan anda kunci dengan betul bagi mengelakkan tetamu yang tidak diundang ke rumah anda.



SELAMAT HARI RAYA!!!!!


~credit to mr. google~

Wednesday, August 24, 2011

Cinta Dan Benci...


Sungguh aku tak bisa
Sampai kapan pun tak bisa
Membenci diri mu
Sesungguhnya aku tak mampu

Sulit untuk ku bisa
Sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala
Cinta dan benci yang ku rasa.





"Sesungguhnya memang sangat sukar untuk kita membenci orang yang kita sangat cinta dan sayang. Walau berapa kali mereka mengecewakan kita tapi hati kita masih sayang akan mereka. Perkara yang paling susah untuk kita buat dalam hidup ini ialah berpura-pura untuk membenci orang yang paling kita cinta. Kerana setiap kebencian kita itu mencambahkan benih-benih cinta kita pada mereka. Menidakkan perasaan kita pada seseorang adalah sangat sulit dan pedih."



Tuesday, August 23, 2011

KAD RAYA PERTAMA TAHUN INI....



POSTO!!!POSTO!!!!




Hari ini AA dapat kad raya pertama AA untuk tahun ini. Seronok sangat dapat raya. Teringat dan terkenang kembali zaman dolu-dolu. hahahahaha. Anyway, kad raya ini di hantar oleh kawan AA seuitm, sefaculty, sehostel, seclass dan seroommate masa di dungun dulu. AA memang rindu sangat dengan dia. sebab hampir 2 tahun lebih tak jumpe dia. Nama dia sangat unik. AA suka sangat nama dia. Nama dia ialah ZETTY NOR SYAZWANI.





ini la zetty. yg pakai tudung putih ini...






Apa-apa pun terima kasih kerana sudih pos kad raya ini dari Terengganu. Nak balas balik memang tak sempat la kot. Hanya mampu balas dengan mengunakan phone and FB je la ye Zetty. Sorry banyak2. Aku harap semoga raya tahun ini lebih meriah dari sebelumnya. Kalu nk kawen jangan lupa jemput. hehehe.....


Terima kasih daun keladi,
Raya tahun depan antar la lagi.


SELAMAT HARI RAYA ZETTY!!!MAAF ZAHIR DAN BATIN....



P/S: NAPA TAK POS DUIT RAYA SEKALI..HEHEHEHE...ALMAKLUM LA KO KAN DA KEJE..HEHEHEHHE

Saturday, August 20, 2011

10 MALAM TERAKHIR....

Pejam celik pejam celik dalam
diam tak diam
dah masuk kita ke fasa ke3 di bulan ramadhan ini.
Apa yang penting semoga di saat-saat akhir ini
kita dapat memperbanyak kan lagi
ibadat-ibadat dan amalan-amalan kepada NYA.
Semoga kita bertemu dengan malam
yang di impikan oleh setiap orang.
Malam lailatul qadar. Insyallah....
AMIN...

Apakah yang anda akan buat dalam masa 10 hari ini sekiranya ramadhan ini merupakan ramadhan terakhir anda????

Fikir-fikirkan la dan selamat beramal....


THIRD GIVEAWAY (GA) FROM UMIYUMI2!!!!!


Salam....







Hai semua... Jom kita ramai-ramai join GA yang umiyumi2 buat. GA ke 3 dari beliau. Mari kawan-kawan kita join. Hadiah yang sangat menarik menanti anda!!!! Kalu ada rezeki AA insyallah dapat la AA buku resepi yang tak di jual di Malaysia ini...AMIN.... AA suka sangat nak belajar cara nak buat macaron ini. Sebab AA memang suka macoran. hehehehe..(padahal makan pon tak pernah...hehehehe.....). AA suka color yang sangat menarik itu. Sesiapa yang pandang pasti akan tergoda. Tak caya???? Okey jom kita cuci mata kita dengan macaron di bawah.









so macam mana??? Tergoda tak???? Kalau anda tergoda sila la join GA ini.


Tarikh tamat GA ialah : tepat jam 12 tgh malam pada 31
Ogos 2011.
Pemenang akan diumumkan pada
:1 September 2011.



Semoga AA dapat buku resepi in sebagai hadiah hari raya tahun ini. amin..... Oopppssss!!!! sebelum terlupa mesti semua nak tahu macam mana buku resepi yang AA idam kan sangat tu kan....



jengjengjeng.......



ini la buku nya.......

okey la kawan-kawan kalu nak tahu lebih lanjut tentang GA ini sila la tekan link kat atas ataupun korang boleh pergi ke link ini UMIYUMI2......



~credit to en. google yang hesem~

Thursday, August 18, 2011

AKU SAKIT!!!




Aku sakit!!!!!!!

Sungguh memang sangat sakit bila kita berada dalam keadaan begini.



Wednesday, August 10, 2011

PERSOALAN???????


Pada ketika ini fikiran AA melayang-layang bak dedaunan kering ditiup angin. AA bermonolog sendirian. Mempersoalkan pelbagai persoalan yang agak rumit dan kepayahan mencari jawanpan yang pasti dalam diri ini. Persoalan-persoalan ini hanya mampu berlegar-legar di kotak pemikiran AA seperti berlegar-legarnya manusia di pesta funfair yang diadakan di sesuatu tempat. Persoalan-persoalan ini menyeksakan dan seperti rembatan kencang Safi Sali ke gawang jiwa yang rapuh ini. Pedih, perit, pahit, payau bercampur menjadi satu seperti campuran ABC yang dimakan oleh seseorang ketika kotak suaranya tidak mampu lagi bersuara. Mendung di hati hanya menjadi rahsia peribadi yang sangat sulit untuk didedahkan. Yang pasti senyuman sang suria di pagi hari sahaja terpaksa dipamerkan bagi menjayakan watak ini. Hakikatnya hanya allah yang tahu setiap apa yang berlaku. Semoga awan mendung berarak seperti beraraknya itik pulang petang yang dapat memecah kesunyian senja nan merah.

Sunday, August 7, 2011

BISKUT OH BISKUT RAYA

Diam tak diam sudah seminggu kita berpuasa. Hanya tinggal 3 minggu lagi kita akan menyambut Syawal. Bagaimana persiapan menyambut Syawal??? Sudahkah korang berkira-kira nak membuat kuih apa pada tahun ini??? Berapa jenis kuih yang korang nak buat??? Dah beli bahan-bahan kuih kah??? Atau korang hanya beli je kuih tunjuk-tunjuk??? Apa-apa pun, rancanglah pembelanjaan korang semua ya. Jangan sampai membazir pulak. Tak pun jangan sampai kuih-kuih yang anda buat atau beli tu boleh buat kuih raya haji jugak.hahahahaha....

Untuk raya tahu ini AA da senaraikan kuih-kuih yang AA rancang atau plan nak buat. Ini hanya perancangan. Tidak tahu la jadi ke tidak buat kuih-kuih ini. Apa-apa pun ini senarai kuih yang AA rancang nak buat. Jom lihat senarai yang telah AA buat.

Senarai kuih-kuih morden
  1. Tart nenas a.k.a Pineapple roll
  2. Chocolate chip
  3. Biskut cornflake
  4. Cornflake madu
  5. Kuih bangkit
  6. Biskut sarang semut

Senarai kuih-kuih traditional
  1. Kuih siput
  2. Kuih gunting
  3. Kuih popia gulung bersalut nestum
  4. Kuih ros
  5. Kuih rempeyek dan tumpi

Senarai kuih yang telah di tempah a.k.a order
  1. Biskut mama caries
  2. Biskut semperit
  3. Biskut mazola

Okey ini di antara plan biskut raya yang AA nak buat untuk tahun ini. Tapi tak tahu la jadi buat kuih nie berapa je. hahahahahahaha.....

CIKGU OH CIKGU


Hari ini AA dapat gaji pertama sebagai seorang cikgu tuisyen. Dari dulu lagi AA memang minat sangat nak jadi seorang cikgu. Semasa nak apply ke maktab beberapa tahun yang dulu, tanpa AA sedari tarikh untuk apply masuk ke maktab telah tamat. Masa itu sangat kecewa sebab tak dapat nak apply. Tapi tanpa berputus asa AA still apply masuk ke university yang lain melalui borang UPU. Akhirnya, setelah bersusah payah AA bertekak, bergaduh dan berpenat lelah mengisi borang UPU, AA akhirnya telah diterima masuk ke UiTM nun jauh di pantai timur. Course yang AA dapat memang menyimpang jauh dengan minat AA sebagai seorang cikgu. Course ini berkenaan dengan pejabat dan pentadbiran. Selepas diploma AA menyambungkan diri AA(hahaha ayat yg sgt power…menagis cikgu bm AA kalu baca..) untuk belajar ke peringkat ijazah. Still course yang AA dapat menyimpang jauh dari minat di hati. Course ini pula still berkenaan pejabat dan pentadbiran tetapi lagi specific pada cabang kesihatan. Walaupun minat sebenar AA untuk menjadi seorang cikgu tidak berkesampaian, namun AA sungguh bersyukur kerana masih lagi mempunyai dan menghabiskan pelajaran dalam bidang lain. Bagi AA belum rezeki AA lagi untuk menjadi seorang cikgu kerana AA pecaya ALLAH maha mengetahui.

Okey, berbalik pada apa yang AA nak ceritakan (panjang sungguh AA membebel..hahahaha), sebenarnya AA berpeluang untuk menjadi cikgu tuisyen bagi mengisi masa lapang AA. Almaklum la, cuti sem nie panjangkan. Selalunya bulan 7 dah masuk sem baru tapi memandangkan kementerian telah menukarkan system cuti sem kami terpaksa lah terima.hehehehe. So, hari ini AA telah mendapat gaji pertama AA sebagai seorang guru tuisyen. Walaupun tak banyak mana tapi AA tetap bersyukur. AA mengajar subject sekolah rendah saja. Kawan ibu yang mintak tolong ajarkan anak dia. Memandangkan AA memang mempunyai banyak masa terluang apa salahnya membantukan. AA tak meletakkan sebarang harga sebab AA nie bukan la cikgu betul. Ajar pun suka suka saja. Apa-apapun tercapai juga hasrat AA nak mengajar kan. Hehehehe. Alhamudlillah!!! Duit bukan ukuran bagi AA tapi kepuasan diri yang lebih utama. Itu je la cerita yang AA nak ceritakan. Sekian.



p/s: maaf penggunaan bahasa rojak..hehehe......

Saturday, August 6, 2011

KAD RAYA OH KAD RAYA



Kalu masuk bulan ramadhan selain berpuasa dan bertarawih kita pasti akan sebuk merancang untuk persiapan berhari raya. Berapa jenis kuih nak tempah atau berapa jenis kuih nak buat, berapa pasang baju nak tempah atau beli, nak tukar langsir ke tidak, nak cat rumah ke tidak, nak balik raya mana dan bagi mak-mak dan ayah-ayah mereka pasti busy merancang bajet untuk dikeluarkan untuk menyambut hari raya nanti.

Mari kita mengimbau kembali kenangan-kenangan pada bulan ramadhan serta syawal masa AA kecik-kecik dulu. Mungkin kenangan-kenangan AA ini sama dengan kenangan anda jugak. Mungkin juga kenangan- kenangan AA nie tak berapa nak best and agak bosan. Tapi ada AA kesah. Ini blog AA. Suka hati AA la nak cita apa kan. hahahahahaha. (sungguh kerek ko ye AA...)

Okey, berbalik pada cerita AA tadi. Masihkah kau ingat, sekuntum bunga itu..... Oppsss!!!! Salah pulak. Masihkah korang ingat sebelum demam friendster, myspace, fb, twitter dll hadir di bumi Malaysia tercinta ini, pasti korang antara golongan bila time bulan puasa saje, berebut-rebut nak pergi kedai buku nak beli kad raya. Betul tak kawan-kawan??? Mesti korang akan pilih kad raya yang paling lain dari yang lain dan akan mintak alamat rumah kawan-kawan kat sekolah. Tak pun korang mesti dah siap tulis kad-kad raya tu terus bawak kad-kjad raya tu kat sekolah dan edar kan kad-kad tersebut kat kawan-kawan korang macam makcik-makcik edarkan kad jemputan kawin kat kawan-kawan meraka. Pernah tak korang buat macam tu??? Time tu memang sangat-sangat seronok kan. Lagi-lagi kalu kita dapat kad raya. Pastu mesti kita akan tengok sapa yang akan dapat kad raya paling banyak. Pastu kan mesti ada pantun 2 kerat yang sangat popular tu. Korang ingat lagi tak? Ala, pantun yang berbunyi macam nie. Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Ingat tak korang??? Seronok kan zaman tu. Seronok bila kita dapat kad raya. Dan yang paling penting, abang-abang postmen yang paling seronok sebab masa tu diorang banyak sangat kerje. Tapi sekarang..... Zaman da berubah.

Agak-agaknya tahun nie ada tak sapa-sapa yang nak kasi AA kad raya by Pos Malaysia lagi??? Apa-apa pun zaman menghantar kad raya adalah zaman yang sangat indah dalam kenangan raya AA. Anda pula bagaimana????hehehehehe...



~credit to Mr. Goolge ygn ensem~

Tuesday, August 2, 2011

JOM JOIN!!!!JOM JOIN!!!JOM JOIN!!!!!♥ ♥ ♥

PERHATIAN!!!!!
KEMASUKKAN BARU KE UNIVERSITI
TARIKH : 1 OGOS 2011
NAMA UNIVERSITI : UNIVERSITI RAMADHAN
COURSE WAJIB: BERPUASA
COURSE SPECIAL: TERAWIH
COURSE TAMBAHAN l BACA QURAN, ZIKIR, SOLAT SUNAT DAN LAIN-LAIN
KELULUSAN: IJAZAH TAKWA
KONVO : 1 SYAWAL

*EXTRA: TAWARAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PERINGKAT MASTER
COURSE : PUASA 6



Tadi AA saja tengok-tengok kat fb. Tetiba kawan AA post iklan macam kat atas nie. AA sangat tertarik dengan tawaran iklan ini. Marilah kita sama-sama renung-renungkan. Sama ada berminat dengan tawaran ini mahupun sebaliknya. Tepuk dada tanya la hati.

Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERPUASA!!!!


Pejam celik pejam celik akhirnya kita bertemu kembali dengan bulan RAMADHAN. Alhamdulillah kerana dengan izin dari NYA kita dapat bertemu kembali. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyallah. Salam Ramadhan AA ucapkan kepada semua. Puasa-puasa jugak, tapi jangan lupa bersolat terawih ye kawan-kawan. Solat terawih nie sangat istimewa sebab kita tak melakukan ibadat ini pada bulan-bulan yang lain. Hanya pada bulan ini saja kita mengerjakannya. Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini. Mana tahu mungkin ini RAMADHAN TERAKHIR kita. So, silalah rebut peluang yang masih kita perolehi ini.


SELAMAT BERPUASA SEMUA.


~credit to En. Google~