luv

Tuesday, December 11, 2012

USIAKU BERTAMBAH SETAHUN LAGI

Maaf sebab tak sempat AA nak kemas rumah AA nie.  Dah berhabuk dah.  Sawang2 pun makin tebal tak dibersihkan.  Tugas seharian sebagai seorang pekerja amat mencabar bagi AA.  Walaupun tugas AA tidak memerlukan kudrat yang kuat tapi AA sampai sekarang tidak dapat nak manage my time wisely.  Sampaikan blog nie terbiar lamanya.  Apa-apapun AA nak mintak maaf sebab biarkan blog ini dipenuhi habuk-habuk.

Entry kali ini masih lagi Entry tertunggak.  Entry yang patutnya AA publish pada hari yang sama kejadian ini belaku, malangnya masa memang sangat mencemburui AA. (alasan jer 2..padahal masa ada jer tp buang masa tengok tv jer…hahahaha).

Pada tarikh keramat 23 November 1988 lahirnya seorang bayi comel seberat 3.45 kg tepat pada pukul 10.05 minit pagi.  Bayi comel ini sungguh comel dan comel sangat (okey paham semua dah muntah hijau sebab tak tahan dengan kecomelan bayi ini…hahahahahahaha).  Setiap tahu, tiada pasti ada family tidak pernah melupakan tarikh keramat ini dan pasti ada ucapan dan makan-makan yang akan dibuat bagi meraikan tarikh tersebut.  Tiada sambutan besar-besaran seperti sesetengah keluarga namun sambutan dari keluarga yang paling bermakna dalam hidup ini.

Tahun ini Alhamdulillah sekali lagi masih diberi nafas pada hari keramat ini untuk sekali lagi meraikan tarikh tersebut dengan mereka-mereka tersayang.  Semakin dewasa kadang-kadang rasa tidak disayangi namun semua itu hanya perasaan tidak berasas sahaja.

Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang masih ingat tarikh keramat.  Ucapan dan doa kalian amat dihargai dan semoga Allah memakbulkan segala doa ihklas kalian semua.  Terima kasih FB kerana anda kawan-kawan ku tidak melupakan hari jadiku, terima kasih sahabat-sahabat ku kerana sudi meluangkan masa untuk meraikan bersama ku, terima kasih teman sehospital ku kerana sudi memeriahkan lagi hari bermaknaku.  Terima kasih kalian semua.  Semoga pada hari keramat kalian pula Allah memberi kegembiraan seperti mana kalian mengembirakan diri ini.

Doa AA bagi birthday AA nie, semoga AA diberi peluang untuk menyambutnya sekali lagi pada tahun hadapan dan semoga Allah memberkati hidup AA dan keluarga serta orang di sekeliling AA.  Dan semoga tahun depan AA dapat menyambut hari kelahiran AA dengan suami seseorang yang special di antara yang special dalam hidup AA.amin... hahahaaha

thank alia n zifol.suka sgt2 kek nie...

thanks intan sbb sudi kasi kek nie.












1st time ada org sudi wt mcm nie. thanks awk!!!:p



Note: thanks kepada Miss Shoba sbb belanja makan kat Nandos, thanks Maryatul coz belanja makan nasi ayam sedap, thanks Fatin sebab belanja makan kat Thai Restaurant, thanks ayah n ibu sbb blnja makan chicken chop sedap... wow makan makan dan makan....hehehe ooopssss sebelum terlupa thanks kak lin, mena and kakak dayah sbb kasi hadiah... thanks kalian...