luv

Sunday, January 29, 2012

B.F.F.





Setelah hampir setengah tahun kami tidak dapat berkumpul akhirnya semalam kami dapat berkumpul kembali. Tapi sayang bukan semua ahli group kami ada untuk perjumpaan kali ini. Setelah beberapa kali plan untuk hang out together terpaksa di batal kan, akhirnya semalam kami dapat berkumpul semula. Hanya ayien saja tak dapat berkumpul sekali di sebabkan dia telah pulang ke tahah tumpah darahnya di negeri Terengganu darul Iman.

Perkenalan kami telah terjalin sekian lama. (che2..mcm ayat novel tak???hahaha) Kami di pertemuakan di sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terletak nun jauh beribu batu di timur Malayasia ya itu negeri Terengganu. Persahabatan kami terjalin sejak semester pertama hingga la tamat pengajian diploma dan terus terjalin hingga kami mendapat segulung ijazah dan di harap akan terus terjalin hingga kesyurga yang kekal abadi.

Pelbagai cabaran dugaan dan masalah yang telah kami tempuhi dan kami masih lagi bersama walaupun ada juga ahli group kami yang telah tidak lagi bersama kami atas sebab yang tak dapat kami elakkan. Namun bagi AA mereka masih lagi kawan AA. Sebenarnya banyk cerita dan kenangan yang telah kami tempuhi dan hadapi bersama.

Apa-apa pun selepas ini waluapun kita dipisahkah oleh kekangan waktu, jarak dan keadaan AA berharap sangat kita jangan lupa ataupun lost contact. Walaupun kalian selepas ini akan pulang dan bermaustatin di negeri kelahiran masing-masing dan akan membina kerjaya dan keluarga AA harap kenangan kita bersama tidak sama sekali kalian lupakan. Selamat menempuh fasa baru dalam hidup kita. Bagi AA sama ada kawan sekolah, kawan university, kawan sekerja ataupun kawan-kawan di laman sosial anda adalah kawan terbaik AA selamanya. Tidak ada istilah kawan sekolah lebih baik dari kawan university ataupun sebaliknya. Ingatlah kawan yang pernah sama-sama kita masa suka dan duka adalah kawan kita dunia akhirat walaupun kadang-kadang perselisihan faham itu terjadi namun tak kan hanya kerana 1 kesalahan yang mereka buat kita mahu melupakan kebaikkan yang selama ini merekah pernah buat untuk kita.

AA doakan yang terbaik untuk kalian semua.. Enjoy pic yang sempat kami ambik semalam. Namun alangkah baiknya andai ayien ada sekali.:( no worries next time kita rancang tuk bercuti bersama-sama ya. So sila la kumpul duit dari sekarang. (harap-harap impian untuk bercuti bersama-sama ini akan menjadi kenyataan satu hari nanti walaupun kita kena cancelkan plan kita banyk kali..hahahahaa). Sebelum terlupa thanks Ina sebab sudi antar and ambik AA dekat rumah and belanjar AA semalam. Next time everything on me. hehehe....(ooppss terlupa kalu bab drive bukan on me..hahaha) same goes to others. Insyallah if i da kerja next meeting on me k.... in term of meal..hehehehe..... Maybe kita leh plan to bagan and stay a night at Fatin's house??? eemmm sound good..and make sure ayien pun ada gak...baru best.....

Okay lah enjoy the pic.....







AJL 26

SUNGAI LUI mnjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang sentiasa menjadi GADIS SEMASA untukku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba. Mujur saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu. Benarlah kata orang, " KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri ". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya.. Good luck for all the finalis AJL.

SIAPA YANG BAKAL MENJADI JUARA. KITA TUNGGU MALAM INI. TAK SABAR RASAYNYA...

~sumber dari FB~

Saturday, January 28, 2012

KATA-KATA


"JANGAN PERNAH MEMBINA KEBAHAGIAAN DI ATAS PENDERITAAN DAN KESENSARAAN ORANG LAIN"

SIAPA BAKAL JUARA???


Siapakah yang bakal menjadi juara Anugerah Juara Lagu ke 26??? Lagu mana yang terbaik??? Moh kita tonton live kat tv 3 pada esok malam.. Tak sabar rasanya nak tahu lagu mana yang terbaik antara yang terbaik.


LAGU-LAGU YANG DAPAT MASUK FINAL.

Karma
oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)

Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih


Tak sabar nak tonton...hehehehehe...



~credit to tv3~

Thursday, January 26, 2012

ANDAI AKU.....

Andai aku boleh terbang seperti seekor burung di langitMu ini,

Akan ku halakan arahku jauh dari lembah-lembah yang berduri ini,

Agar tidak ada parut-parut luka tumbuh di seluruh hatiku yang makin mengecil ini,



Andai aku seekor kuda yang liar bekeliaran,

Akan ku hayunkan kaki ku ini jauh dari lembah-lembah berapi,

Agar api yang sedang membara ini tidak dapat meningalkan bekas-bekas tompokan hitam di hatiku



Andai aku seekor ikan yang berlari riang dilautan Mu yang luas,

Akan ku pandu arah ku jauh dari udara-udara yang dapat menyeksakan hidup ku

Agar aku mampu terus bernafas dan dapat menikmati alam ini dengan tenang.







~thanks to Mr.Google 4 the pic~

Wednesday, January 25, 2012

PERNAH TAK???


Salam semua.

Macam mana hari ini? Semua sihat ke? Alhamdulillah… Allah masih memberi kita peluang dan ruang untuk bernafas lagi di bumi Allah yang tercinta ini. Apa yang korang sedang buat tu? Dah makan ke belum? AA harap apa sahaja yang korang semua lakukan akan diberkati oleh pencipta kita.Amin..

Kali nie AA nak bawa korang melayari serba sedikit kehidupan AA sebagai seorang manusia. Pernah tak korang semua hadapi situasi-situasi di mana masa korang sekolah rendah, orang sekeliling korang mesti nasihatkan korang suruh belajar bersungguh-sungguh. Pernah tak?? Kalu pernah sila terus membaca. Hahaahahaha.. Bila korang darjah 6 orang-orang disekeliling korang mesti suruh korang buat yang terbaik tuk UPSR supaya korang dapat masuk sekolah berasrama dan dalam hati korang sebenarnya tak terhinggin langsung nak masuk pun sekolah berasrama kerana korang tak nak terlepas rancangan cartoon kegemaran korang. Pernah tak??? Pastu bila time result UPSR keluar orang disekeliling korang akan berebut-rebut nak tahu result yang korang dapat. Sama seperti bila korang PMR, mereka juga akan berebut-rebut nak tahu result yang korang dapat dan dengan tidak di minta memberi nasihat mereka dengan bermurah hati memberi nasihat supaya korang ambik aliran sains sebab senang nak cari kerja. Tak pun diorang akan suruh korang kalu boleh masuk MRSM. Pernah tak situasi nie terjadi kat korang??? Lepas result SPM keluar, orang di sekeliling korang akan sebuk menanyakan tak dapat masuk mana-mana ke???

Bila korang dapat masuk university tuk buat diploma, orang di sekeliling korang akan sebuk lak tanya tak nak sambung degree ke??? Bila da abis degree diorang akan tanya tak nak sambung master ke???? Bila korang jawab tak nak la, sebab da letih la belajar. Mesti diorang akan tanya bila nak kawen?? Umur da meningkat nie?? Dah ada calon ke??? So apa yang patut korang jawab bila soalan-soalan seperti nie korang dapat??? Padahal pada masa tu korang tak de kawan dengan sape-sape pun, korang xde perancangan langsung dalam perkara ini sebab pada masa nie korang tengah focus tuk cari kerja and kumpul harta. So apa yang korang akan buat???

Pastu di situasi lain pula, bila kawan-kawan seperjuangan kalian telah ramai yang mendirikan rumah tangga dan sekelumpuk golongan kawan-kawan anda sendiri bertanya pada anda wei ko bila nak kawen?? Umur kita da tua la. Cuba korang bayangkan apa yang patut korang jawab bila kawan-kawan korang sendiri yang terang lagi bersuluh dengan spotlight menanyakan soalan ini sedangkan diorang sendiri tahu korang takde dengan sesapa pun. Apa yang korang nak buat masa tu??? Pastu segolongan kawan-kawan korang nie telah membuat korang terfikir bahawa ada masa ke korang nak bercinta dan mengenali lelaki sebab umur korang dah makin berusia. Apa yang korang nak buat???

Bagi AA apa yang penting???? KERJASAMA!!!! Hahaahahahaha. AA pun tak de idea nak tulis apa. Hahaahaha… Bak kata orang dulu-dulu, kalu jodoh tak ke mana. Insyallah cepat atau lambat kita pasti ada jodoh masing-masing. Yang penting kita kena cintai pencipta kita lebih dari kita cinta sesama manusia kerana sifat cinta itu bukan milik kita tetapi hanya pinjaman Allah kepada kita. Teruskan usaha, berdoa, dan bertawakal ke pada NYA.

INSYALLAH!!!