luv

Saturday, April 23, 2011

Teman Sejati Susah Untuk Dicari


dear diaries.....







Adakah AA seorang kawan yang baik??? Kadang-kadang terfikir jugak. Betul ke AA boleh jadi seorang kawan yang terbaik untuk semua teman-teman AA. Ataupun AA nie bukan kawan terbaik mereka. Dalam islam juga telah mengariskan beberapa ciri-ciri untuk mencari teman sejati...ini adalah ciri-ciri nya:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu , dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahan kamu
10. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk atau maksiat.
12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.


Sabda rasulullah S.W.T.
"Seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu "

Hadis ini membawa maksdu: -
Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia. kalau dia kaki perempuan kita pun akan jadi kaki perempuan dan sebagainya.

Sama-sama la kita menjadi teman sejati di antara satu sama lain. Kepada teman sejati yang AA ada…terima kasih keran sudi menjadi teman sejati AA.(you know who you are…) Bagi AA kamu semua adalah insan yang allah beri kan kepada AA yang sangat bernilai selepas ibu , ayah dan keluarga AA. Terima kasih kerana sudi menjadi teman sejati AA. Moga kita akan terus menjadi teman sejati hingga ke syurga. Aminnnn…..


2 comments:

  1. insya Allah..boleh punya..

    yang penting kita kena sentiasa fikirkan yang positif..

    ReplyDelete
  2. k.su: insya allah....ssh nk fikir positif je..sbb msti nk ade negatif jugak..tp kena cuba berubah untuk menjadi yg lebih baik..moga2 termakbul jugak..amin....sama2 la kita sntiasa berfikiran positif...:))

    ReplyDelete