luv

Tuesday, July 26, 2011

APAM YANG TERSENYUM....

1st time dalam hidup AA buat kuih apam. Sangat-sangat teruja. Selama ini bukan AA tak nak buat kuih apam, tapi mengenangkan nak resepi yang ibu AA ada mengunakan tapai(nasi yang diperap selama beberapa hari) serta penggunaan ragi yang AA tidak berapa pandai telah mematahkan semangat AA nak buat kuih apam. Kalau terasa nak makan AA lebih rela beli saja di kedai. hahahahahaha....nampak sangat malaskan..... Tapi sekarang penyakit itu tidak akan datang lagi.. Sebab AA da dapat resepi yang paling senang untuk membuat Apam.... Resepi ini AA ambik dari blog kak CT. Terima kasih kak CT sebab telah berkongsi resepi ini....jom tengok gambar2 apam yang tersenyum malu-malu kucing....

ENJOY!!!!!
















ok sebelum terlupa, ini AA sediakan resepi yang AA ambik kat blog kak CT....

Bahan-bahan:

  1. 2 cawan nasi
  2. 2 cawan tepung gandum
  3. 2 cawan tepung beras
  4. 1 cawan brown sugar
  5. ¾ cwan gula pasir (dua-dua gula pasir pun tak pe)
  6. 2 ¼ cawan air
  7. 2 sudu kecil yis (mauripan)
  8. Kelapa parut digaul dengan sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur. (masukan air sedikit-sedikit..blend sampai halus).
  2. Setelah hancur, campur brown surgar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dalam bekas lain satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.



Selamat Mencuba!!!!


p/s: maaf AA bukan menyokong bersih..tapi kat rumah hanya tinggal color kuning sahaja.so terpaksalah guna....hehehehehe.......

Saturday, July 23, 2011

HAPPY BIRTHDAY PM.....

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
..............HAPPY BIRTHDAY TO DATO' SERI NAJIB RAZAK...............
Kami sentiasa berada di belakang mu dalam memperjuangkan maruah negara.
RAKYAT DI DAHULUKAN , PENCAPAIAN DI UTAMAKAN !!!!!
IF YOU LIKE NAJIB TUN RAZAK, COPY AND PASTE THIS ON YOUR WALL
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬






happy birthday Dato Seri....
semoga malaysia maju dibawah pimpinan Dato Seri......




~gambar ehsan encik google~

Saturday, July 16, 2011

AKTIVITI CUTI SEM

Sepanjang cuti sem nie, AA memang takde aktiviti yang menarik nak wat kat umah. So, AA hanya tengok tv je la kejenya...hahahahaha..... Ini adalah antara rancangan yang AA tengok ataupun tonton sepanjang minggu ataupun sepanjang cuti ini. Ada rancangan yang telah abis siarannya. So, AA malas la nak letak ya. Ini hanya rancangan yang masih lagi di tayangkan di tv sahaja.... So......enjoy yourself......Coz AA sangat2 enjoy myself tengok semua cerita-cerita ini.....hehehehehehehehe........






























~credit to Mr. Google yang sangat baik hati and hensem~

Thursday, July 14, 2011

FEELING...




I wish that I was the weather,

you'd bring me up in conversation
forever......

And when it rained,

I'd be the talk of the day......

Sunday, July 10, 2011

NOVEL OH NOVEL

hai semua....

Akhirnya AA da ada keje nak buat setelah hanya membesarkan badan yang sedia kala besar ini. Almaklum la cuti sem lama. Memandangkan bulan 9 nie nak puasa so AA decide tak nak keje. Sebab nanti susah nak mintak cuti raya. (hahahahaha...alasan semata-matakan..hehehehehe....). Dah lama da AA tinggalkan minat AA terhadap novel. Atas ikhsan orang, dapat gak AA baca novel semula. Terima kasih kat kawan AA Aqilah coz pinjam kan AA novel-novel nie. Tak sabar nak baca semuanya...hehehehehe. Walaupun ada 2 novel yang AA da baca, but still AA nak baca balik. Sebab kan sekarang demam Nora Elina. So..harus la baca balikkan..hehehehe.....

Okey la, AA nak menyiapkan diri tuk baca novel-novel ini....tak sabarnya.....hehehehehe



inilah novel-novel yang AA akan baca.......







e

Friday, July 8, 2011

"Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"



hai semua. tadi kawan AA ada call AA cakap yang dia masuk GA kedua dia. so AA pun menggatalkan diri jenguk-jenguk blog dia. da jenguk2 tu tertengok la pasal MEGA GA yang dibuat oleh cik yana dan cik putih. sangat menarik hadiah-hadiah yang di offer kan. so mari la kawan-kawan join MEGA GA diorang. tak salah mencuba nasib. menang atau kalah belakang cerita.hehehe...

oleh yang demi kian(ayat tak boleh bla...hahaahaha...) kawan-kawan AA yang sangat bertuah hari ini ialah cik lis , kak kema dan mas a.k.a mak....anda semua adalah sangat bertuah kerana AA tag nama anda...hehehehe.....

ok sape2 yang nk join MEGA GA ini sila kan klik di banner di atas...cepat-cepat tarikh tutup contest nie ialah pada 8/8/2011..hadiah-hadiah menarik menanti anda semua.mari2....

terima kasih cik-cik sponsor kerana sponsor GA ini.......
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel
  11. Momo Chan Collection
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali
  15. Aimi Craft
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa



Thursday, July 7, 2011

SELAMAT HARI LAHIR



selamat hari lahir ustazah...
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
AA sangat2 adore ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ini...
moga satu hari nanti AA dapat menjadi seperti beliau.
amin...

Sungai Lui AIZAT

Wednesday, July 6, 2011

1st Give Away Lucky Draw d'Sweetchoc



1st time AA nak join GA...
semua orang pasti suka coklet kan...
AA pun suka sgt2....
geng joyah AA pun suka makan coklet juga
betul kan cik lis dan fada.....

sape2 yg nk join sila klik kat banner...
tarikh tutup pada 31/7/2011


Sunday, July 3, 2011

FADHILAT BULAN SYA'BAN


(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca,

(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)

ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;

1) Orang yang kekal minum arak

2) Orang yang durhaka kepada ibubapa

3) Orang yang kekal dalam zina

4) Orang yang banyak berkelahi

5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta

6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.




~credit to en.google~

Saturday, July 2, 2011

KATA-KATA HIKMAH




Mengapa mendambakan isteri sehebat KHADIJAH
Jika diri tidak semulia RASULULLAH.



Mengapa mengharapkan suami setampan NABI YUSOF
Seandainya kasih tak setulus ZULAIKA.



Tidak perlu mencari isteri secantik BALQIS
Jika diri tidak sehebat NABI SULAIMAN.



Tidak perlu mencari suami seteguh NABI IBRAHIM
Jika diri tidak sekuat SITI HAJAR dan SITI SARAH..