luv

Wednesday, May 23, 2012

MY CONVOCATION DAY

Tanggal 19 Mei 2012 tamat la secara rasminya AA telah tamat bergelar seorang pelajar di Universiti. Setelah hampir 5 setengah tahun bergelar pelajar university akhirnya hari yang telah dinanti-nantikan tiba juga. Pelbagai perasaan bercampur baur pada masa itu. Sepanjang 5 setengah tahun bergelar pelajar university, pelbagai cabaran, rintangan, pengalaman, ilmu pengetahuan yang telah AA timba. Semua kenangan ini merupakan kenangan yang terindah dalam hidup AA.

Terlebih dahulu AA nak ucapkan ribuan terima kasih buat keluarga AA terutamanya ibu AA sebab banyak memberi semangat, dorongan dan duit belanja (ayah yg bnyk kasi..hahahaha) dekat AA sepanjang AA study. Terima kasih juga buat semua lecturer AA sama ada di kampus Dungun (diploma) mahupun di Puncak Alam (degree). Halalkan semua yang miss, madam, puan, encik ajar buat AA. Terima kasih juga buat semua BFF, sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan, musuh-musuh (ada ke???hahahaha). Kalian telah mencipta sejarah dalam lipatan diary hidup AA. Terima kasih kerana sudi menjadi watak-watak dalam lipatan sejarah hidupku.

Bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, telah berlangsung convocation AA buat kali terakhir pada 19/05/2012 pada jam 2:00 petang. Terima kasih semua.



UiTM DI HATIKU!!!




Enjoy gambar2 yang ada. Ini je gambar-gambar yang ada sebab gambar AA banyak kat kemera kawan2 AA. AA nie nama je bawak kamera tapi tak guna pun. hahahahaah...so enjoy gambar2 sepanjang convo AA.....
































p/s: Terima kasih buat kesayangan AA yang sudi datang masa convo.... thanks fatin, intan, misha sudi dtg dan bawak hadiah...terima kasih banyk2.....hari yang paling happy buat AA...

buat ayien kan best kalu ko ada sekali :(( fada and cik lis sy sgt marah sbb awk balik before dpt bergambar bersama2....:((

2 comments: