luv
Tuesday, November 30, 2010
M.E.M.O.R.Y.T.H.A.T.I.M.I.S.S.T.H.E.M.O.S.T
Sedar tak sedar dah hampir setengah dekad kita berkawan. Pelbagai suka dan duka telah kita lalui. Masih segar di ingatan kali pertama kita bersua muka. Pelbagai cerita kita berkongsi. Kadang-kadang kita berselisih pendapat, kadang-kadang kita bergurau senda. Ada sahaja benda ingin di kongsi. Sama ada suka mahupun duka. Banyak kenangan telah kita lalui bersama. Masa telah jauh meninggalkan kita tanpa kita sedar. Hanya memori dan kenangan yang masih segar di ingatan. Adat dalam menjalinkan satu ikatan persahabatan. Tidak semuanya indah-indah belaka. Kadang-kadang tercalit kepahitan. Kadang-kadang terpalit kedukaan. Namun semua itu adalah rencah-rencah dalam menyedapkan lagi hidangan yang diberi nama KEHIDUPAN. Semua ini adalah persediaan bagi mematangkan diri setiap daripada kita. Apabila masalah itu timbul, kita rasa macam tidak kuat untuk menghadapinya. Sedarla wahai kawan-kawan ku, kita telah menempuhi nya dan masih lagi bersama-sama walaupun tidak serapat dulu. Namun segala kenangan kita bersama masih lagi segar dalam ingatan masing-masing. Walau apapun masalah yang kita hadapi, pecayalah kalian tetap kawan AA sampai bila-bila. Walaupun pada kalian AA bukan lagi kawan kalian. Percayala tidak sekelumit pun dihati kecil ini menidakkan kehadiran kalian sebagai kawan AA. Terima kasih kerana telah menjadi teman-teman yang telah mengajar AA tentang kehidupan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment