luv

Wednesday, August 10, 2011

PERSOALAN???????


Pada ketika ini fikiran AA melayang-layang bak dedaunan kering ditiup angin. AA bermonolog sendirian. Mempersoalkan pelbagai persoalan yang agak rumit dan kepayahan mencari jawanpan yang pasti dalam diri ini. Persoalan-persoalan ini hanya mampu berlegar-legar di kotak pemikiran AA seperti berlegar-legarnya manusia di pesta funfair yang diadakan di sesuatu tempat. Persoalan-persoalan ini menyeksakan dan seperti rembatan kencang Safi Sali ke gawang jiwa yang rapuh ini. Pedih, perit, pahit, payau bercampur menjadi satu seperti campuran ABC yang dimakan oleh seseorang ketika kotak suaranya tidak mampu lagi bersuara. Mendung di hati hanya menjadi rahsia peribadi yang sangat sulit untuk didedahkan. Yang pasti senyuman sang suria di pagi hari sahaja terpaksa dipamerkan bagi menjayakan watak ini. Hakikatnya hanya allah yang tahu setiap apa yang berlaku. Semoga awan mendung berarak seperti beraraknya itik pulang petang yang dapat memecah kesunyian senja nan merah.

1 comment:

  1. amboii bermadah berhelah sungguh cik datin kite ni..hehehe..whats ur problem dear..let we share together...

    ReplyDelete