luv

Wednesday, May 25, 2011

NORA ELENA

Dear diaries….

Dalam AA tak buat entry baru. Sorry tau. Sekarang nie terlalu busy dengan urusan yang tak sudah (urusan ape je…asyik tengok tv je keje ko….hahahahaha). sekarang AA tengah cuti semester. So kerja yang paling seronok kalu cuti-cuti nie ialah menonton television. Heh

ehehe..so, cite yang tengah hangat sekarang ini mesti la cite NORA ELENA. Setiap hari ISNIN-KHAMIS….pukul 7.00 malam…..hanya di TV3….

drama ini telah diadaptasi dari novel keluaran alaf21 yang bertajuk KASIH YANG SUCI. novel ini AA pernah baca dan sangat best...

so mari la kita menonton drama bersiri ini......





Sinopsis Nora Elena



Nora Elena ialah kisah seorang gadis yang telah dinodai oleh seseorang semasa dia berusia 15 tahun. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya apabila tunangnya mendapat tahu dia dah tak suci lagi.. Dalam kekecewaan tu, muncul le hero bernama Seth Tan, seorang lelaki berketurunan Baba Nyonya, sanggup berkahwin di bagi menggantikan tunang Nora kerana hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan ni berkahwin, baru lah Nora dapat tahu Seth ni rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika tu dah berkahwin dengan Seth dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth dah memeluk Islam dan telah insaf tapi Nora Elena tetap tak dapat memaafkan suaminya itu. Bagaimana Seth nak mengatasi sikap benci Nora terhadapnya, Nora sering menyakiti hati Seth. Sebagai saudara Islam, dapatkan Seth menghadapi dugaan yang besar dalam hidupnya. Nora Elena menggugut akan meninggalkan Seth setelah bersalin kelak. Seth yg terlalu sayangkan Nora Elena akan cuba sedaya upaya memikat kembali Nora Elena. Mesti ada banyak babak romantik dan mencairkan hati semua penonton..

Pelakon lain dalam Nora Elena: Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira, dan Shah Iskandar sebagai Malik.






No comments:

Post a Comment