luv

Sunday, August 7, 2011

CIKGU OH CIKGU


Hari ini AA dapat gaji pertama sebagai seorang cikgu tuisyen. Dari dulu lagi AA memang minat sangat nak jadi seorang cikgu. Semasa nak apply ke maktab beberapa tahun yang dulu, tanpa AA sedari tarikh untuk apply masuk ke maktab telah tamat. Masa itu sangat kecewa sebab tak dapat nak apply. Tapi tanpa berputus asa AA still apply masuk ke university yang lain melalui borang UPU. Akhirnya, setelah bersusah payah AA bertekak, bergaduh dan berpenat lelah mengisi borang UPU, AA akhirnya telah diterima masuk ke UiTM nun jauh di pantai timur. Course yang AA dapat memang menyimpang jauh dengan minat AA sebagai seorang cikgu. Course ini berkenaan dengan pejabat dan pentadbiran. Selepas diploma AA menyambungkan diri AA(hahaha ayat yg sgt power…menagis cikgu bm AA kalu baca..) untuk belajar ke peringkat ijazah. Still course yang AA dapat menyimpang jauh dari minat di hati. Course ini pula still berkenaan pejabat dan pentadbiran tetapi lagi specific pada cabang kesihatan. Walaupun minat sebenar AA untuk menjadi seorang cikgu tidak berkesampaian, namun AA sungguh bersyukur kerana masih lagi mempunyai dan menghabiskan pelajaran dalam bidang lain. Bagi AA belum rezeki AA lagi untuk menjadi seorang cikgu kerana AA pecaya ALLAH maha mengetahui.

Okey, berbalik pada apa yang AA nak ceritakan (panjang sungguh AA membebel..hahahaha), sebenarnya AA berpeluang untuk menjadi cikgu tuisyen bagi mengisi masa lapang AA. Almaklum la, cuti sem nie panjangkan. Selalunya bulan 7 dah masuk sem baru tapi memandangkan kementerian telah menukarkan system cuti sem kami terpaksa lah terima.hehehehe. So, hari ini AA telah mendapat gaji pertama AA sebagai seorang guru tuisyen. Walaupun tak banyak mana tapi AA tetap bersyukur. AA mengajar subject sekolah rendah saja. Kawan ibu yang mintak tolong ajarkan anak dia. Memandangkan AA memang mempunyai banyak masa terluang apa salahnya membantukan. AA tak meletakkan sebarang harga sebab AA nie bukan la cikgu betul. Ajar pun suka suka saja. Apa-apapun tercapai juga hasrat AA nak mengajar kan. Hehehehe. Alhamudlillah!!! Duit bukan ukuran bagi AA tapi kepuasan diri yang lebih utama. Itu je la cerita yang AA nak ceritakan. Sekian.



p/s: maaf penggunaan bahasa rojak..hehehe......

2 comments:

  1. waaahhhh...class you datin jadi cikgu..hehehee..

    ReplyDelete
  2. hahahaahahahaha.....ala...da minat..hehehe.xdpt jadi cikgu btl2 jdi cikgu tuisyen pun jdi la..hahahaha....xyah datin sgt la misha....hehehe

    ReplyDelete