luv

Wednesday, February 8, 2012

BICARA HATI


Cerita ini memang sangat sweet and best. AA dah follow cerita nie dari episode 1 lagi. Selain itu novel nie pun AA da baca sebelum drama nie keluar lagi. Apapun kadang-kadang kata-kata yang keluar dari mulut tidak selari atau sekata dengan apa yang terdetik dihati kita. Kadang-kadang kita memerlukan dan harus juga mendengar kata hati kita dari kata akal kita. Apa-apa pun enjoy the novel and drama series. AA sangat suka ost bicara hati by Lena. Sangat bagus penghayatan dia dalam lagu ini sebab AA dapat rasakan apa yang dia katakan.(hahahaha...sorry terfeeling lebih siket....)

Sinopsis

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?


Para pelakon:

Sharnaaz Basir Ahmad (Tengku Syahran), Christina Suzanne Stocktill (Zahlia), Marsha Milan Londoh (Linda), Josiah Hogan (Razif), Lash Mokhtar (Adli)




Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku hanya untukmu
Setiap rinduku nyata padamu

Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata padaku

Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu


~credit to Mr.Google yg hensem~

No comments:

Post a Comment