Salam,
Kenapa tiba-tiba ada perasaan seolah-olah nak membawa diri jauh dari kota metropolitan ini? Nak kata lari dari masalah tidak jugak. Nak kata kecewa bercinta rasanya tidak jugak kerana rasanya sudah beberapa tahun sudah tiada rasa cinta itu in term of perasaan cinta lelaki perempuan la ya. Tapi kalu cinta pada Allah dan keluarga masih segar dalam diri ini. Berbalik pada rasa yang terbit dari hati kecilku ini. Nape perlu ada rasa ini dalam jiwaku??(wow dam cm ayat novel la pulak..hahahaha). AA maintain the mood okay. Hahahaha.
Tapi seriously memang ada rasa nak lari jauh dari KL nie. Rasa macam nak mulakan hidup kat satu tempat baru. Rasa macam nak tinggalkan semua rasa yang berbuku dihati ini dan mulakan hidup baru. Bak kata orang tua-tua jangan lari dari masalah. Tapi masalahnya sekarang, AA sendiri tak tahu apa masalah AA nie. Itu yang susah nak paham ini. Tapi kalu terjadinya kejadian di mana AA akan tinggalkan ibu kota yang selama ini AA membesar apa akan jadi ya?(hahahaha…soalan macam ko orang penting lak kan kat KL nie smpai ko tak de kat KL akan jadi masalah besar kat orang2 yg tinggal..hahahhahaha). Takde la, maksud AA macam mana AA nak lari dari KL? Sebab family AA ada kat KL. AA nak start dari mana ya if nak keluar dari KL. Nak kemana?? Nak duduk kat mana?? Eemmm entah la….
Memang senang kalu kita ikut kata hati. Tapi bila pikir2 balik banyak yang kita kena pertimbangkan. Cukup lah entry merepek tuk hari ini. Susah nak luahkan..bye…..
No comments:
Post a Comment