luv

Tuesday, June 28, 2011

GANTI PUASA + TEMA HARI RAYA

Bulan rejab hampir melabuhkan tirai. Bulan syaaban akan menjelma tidak lama lagi. Pejam celik pejam celik kita akan menghampiri bulan Ramadan. Sungguh cepat masa berlalu. Okey, sapa-sapa yang tak ganti puasa baik ganti cepat. Takut tak sempat pulak. Bagi sesiapa yang dah ganti puasa. Bagus-bagus, sila la membuat puasa sunat bulan Rejab dan Syaaban. Boleh la kita bersama-sama mengumpul saham akhirat (tak gitu para penonton....hahahaha...feeling2 pengacara pulak..hehehehe). Alamak!!!! Baju raya tak beli lagi. Tahun nie nak tema color apa ye????eeeemmm...... Okey la. Sape-sape yang tak pergi tempah baju raya, sila la buat demikian dengan segera (kalu ada lagi kakak2 tukang jahit nak terima la ye....). Kalau semua orang nak tahu tahun nie AA pakai tema color ape, sila la tunggu masa hari raya. hahaha... Okey la, nak kena pikir nak baju color apa tahun nie.

Pertistiwa Israk dan Mikraj

Perisitwa Israk dan Mikraj ini diriwayatkan berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke 11 selepas Rasulullah s.a.w diangkat menjadi Rasul. Ketika tersebut Rasulullah s.a.w yang sedang berehat di rumah di rumah Ummu Hani, sepupu Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s menjemput Rasulullah dengan seekor binatang yang dipanggil Buraq. Binatang tersebut membawa Rasulullah s.a.w dan malaikat Jibril dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh untuk bertemu Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w kemudian pulang ke kota Mekkah sebelum terbit matahari keesokannya. Pelayaran Rasulullah s.a.w dari Kota Mekkah ke Baitul Maqdis dan pulang kembali ke Kota Mekkah dalam masa tidak sampai satu malam, tidak dapat dipercayai oleh orang-orang Musyrik di kota Mekkah. Malah, mereka yang lemah iman mereka, turut tidak mempercayai peristiwa ini hingga sebahagian dari mereka keluar dari agama Islam.


~sumber dari Encik Google~

Friday, June 24, 2011

Takdir Cinta

happy birthday!!!!!



Happy birthday ayien….

Hari ini birthday kawan AA iaitu Wan Nurazrina Wan Ahmad. Dia kawan AA dari diploma lagi. Banyak benda yang AA pernah buat dengan dia. AA just nk ucapkan happy birthday. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Ingat janji kita bila da keje nanti. Hehehehe….. Aku nak ko happy2…tak yah sedih2…memang susah nak menidakkan perasaan tapi aku doa kan ko Berjaya buat macam aku..hehehehe……

Thursday, June 23, 2011

FA-mily

(ini merupa kan sambungan entry semalam....hehehehehehhe)



OMG!!!OMG!!!OMG!!!(baca dalam nada gedix yang teramat sangat…hahahahahahaha). Akhirnya, impian menjadi kenyataan. Rasa macam mimpi je. Sungguh AA sangat-sangat teruja dapat bersua muka(ayat nak skema..hahahaha) dengan FAHRIN AHMAD (FA). Dah lama AA nanti peluang macam nie. Sebelum ini, AA pernah nak join aktiviti FA-milly (untuk pengetahuan semua, nie club FA. Kata FA, semua peminat dia adalah family die…hehehehhehe), tapi banyak sangat halangan. Aktiviti yang mereka buat mesti bertindih dengan jadual kuliah AA (lagi ayat skema…hahahaha). Tapi bila FA post kat FB cakap nak adakan gathering, tanpa membuang masa AA terus email kat penganjur yang kata AA nak join. AA pergi event nie dengan kawan AA iaitu Mai. Event nie sangat best walaupun sekejab. At least, AA dapat jugak bersua muka dengan FA. So enjoy la gambar2 FA and AA ini..hehehehhehe…(ini lah hasil nya setelah sebulan lebih duduk kat umah tanpa buat apa2..badan pun mkn menjadi seperti belon…huhuhuhuhuhu…..)






















p/s: jangan lupa tngok imam muda jumaat ini jab 9 malam di astro oasis sebab FA jadi pengacara pada malam tu mengantikan ustaz yang kemalangan....best nya....FA bersama imam muda....hehehehehe......