luv

Sunday, June 12, 2011

AKADEMI FANTASIA

Dear diaries.

Bukan mudah
Meniti langkah ke angkasa
Bukan Mudah
Mengejar mimpi jadi realiti
Apapun jua bisa terbukti
Andai langkahmu tidak terhenti

Chorus :
Menuju puncak, Gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak, impian di hati
Bersama janji kawan sejati
Pasti berjaya di Akademi Fantasi ...o ...yeaaah

Bukan mudah
Menggapai bintang yang berkilauan .. O..yeaaah
Bukan mudah
Jalanan ini untuk diharungi
Apapun jua bisa terbukti
Andai langkahmu tidak terhenti

Pernahkah anda melihat bait-bait lirik di atas. Pasti setiap dari rakyat Malaysia pernah terkena demam ataupun fenomena yang penah melanda Negara satu ketika dahulu. Lagu ini seakan-akan berhantu dan menyelubungi setiap dari rakyat Malaysia ketika rancangan reality tv ini dilancarkan di Negara kita. Setiap peringkat umur akan menjadikan rancangan ini sebagai rancangan wajib tonton pada setiap malam dari hari isnin sehingga hari ahad dalam calendar hidup mereka.

Bait-bait lagu tersebut pasti akan menghantui bukan sahaja pelajar-pelajar akademi fantasia malahan setiap penonton yang menontonnya. Lagu ini akan menjadi saksi kecundangnya seorang mahupun dua orang pelajar dalam perjalanan mereka ke konsert akhir. Pelbagai riaksi dan rasa akan dialami setelah pengacara rancangan ini mengumumkan keputusannya.

Sebelum AA merapu lebih panjang, meh sini AA nak cita siket tentang sebuah rancangan reality tv yang paling popular di Malaysia. Rancangan itu diberi nama AKADEMI FANTASIA. Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF ialah sebuah rancangan realiti televisyen yang pertama di Malaysia yang mana peserta yang dipanggil pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan.

Musim pertama mula disiarkan pada Jun 2003(masa nie AA masih sekolah menengah lagi ok…hehehehe) dan menjadi salah satu daripada rancangan yang paling tinggi ditonton di Astro Ria. Lagu tema bertajuk "Menuju Puncak" dicipta oleh Juwita Suwito, adik perempuan kepada komposer, Aubrey Suwito. Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang pada asalnya di Mexico. Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini.

Setiap musim Akademi Fantasia terdapat 10 konsert termasuk minggu akhir(kecuali Akademi Fantasia Musim Pertama iaitu hanya terdapat 9 konsert) dan bermula dengan 12-16 peserta yang dipanggil pelajar. Walau bagaimanapun, pada Musim 3 dan Musim 4, konsert prelude telah diadakan bagi menentukan pelajar yang berkelayakan. Setelah pelajar-pelajar siap dipilih, mereka akan mendiami di sebuah rumah yang dipanggil Akademi. Para pelajar akan menghabiskan sepenuh masa mereka dengan berlatih menyanyikan lagu tugasan, berlakon, dan menari, dan juga aktiviti lain yang berkaitan dengan seni persembahan selama 10 minggu di dalam Akademi. Kelas-kelas tersebut akan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang bertauliah (yang dipanggil 'cikgu'), yang mana mereka sememangnya telah diiktiraf menerusi kareer mereka dalam industri hiburan. Diari Akademi Fantasia bersiaran pada setiap hari yang memaparkan aktiviti pelajar di akademi. Akademi ini akan diketuai oleh seorang pengetua, yang bersilih-ganti setiap tahun.

Antara individu yang telah menyandang kerusi panas pengetua AF ialah Datuk Freddie Fernandez bagi musim pertama di ikuti oleh Datuk Ramli M.S pada musim ke dua manakala Datuk M.Nasir menjadi pengetua di musim ke 3. Pada musim ke 4, Ramli Sarip telah menyandang kerusi pengetua diikuti Roslan Aziz pada musim berikutnya. Sekali lagi Datuk Ramli M.S diberi kepecayaan menyandang kerusi pengetua pada AF musim ke 6. Datin Seri Tiara Jacquelina merupakan pengetua wanita pertama dan satu-satunya di Akademi Fantasia. Beliau menjadi pengetua pada musim ke 7 seterusnya Norman Abdul Halim menyandang kerusi pengetua pada musim lalu iaitu musim ke 8 dan pada musim ke 9 Amy Search telah bertanggungjawab menjadi pengetua bagi AF.

Bagi pengacara konsert AF pula, Aznil hj Nawawi telah mengendali kan konsert AF pada musim pertama hingga musim ke 5, selepas itu, AC Mizal telah mengambil alih tugasan pengacara pada musim ke 6 dan7 manakala pada musim ke 8 dua pengacara telah diperkenalkan. Mereka ialah Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley. Bagi musim terakhir, sekali lagi Pak Nil ataupun Aznil hj. Nawawi telah dipertanggungjawab menjadi pengacara konsert AF. Untuk pengetahuan semua, AF telah melahirkan seramai 120 orang pelajar dari musim pertama hingga musim kesembilan.

Setelah 9 musim AF ke udara, pihak AESB membuat pengesahan bahawa tahun 2011 ialah tahun akhir dan musim terakhir bagi musim 9 Akademi Fantasia.. Oleh itu, tak kan ada musim ke 10, 11 mahupun ke 20. Tahun ini merupakan tahun terakhir AF akan diadakan. Walaupun AA sedih dengan keputusan ini. Tapi nak buat macam manakan. Hak AESB untuk menghentikannya.huhuhuhuhu…..

Bagi AA, AF telah mencipta satu fenomena di Negara ini kerana AF merupakan rancangan reality pertama yang telah membuat satu keluarga bersama-sama menonton konsert dan bersama-sama mengalirkan airmata serta bergelak ketawa bersama pelajar-pelajar AF. Kita bagaikan satu keluarga besar. Walaupun hakikatnya, meraka bukan ahli keluarga kita. Kita boleh merasa apa yang pelajar-pelajar ini rasa. Kita boleh sedih bersama-sama pelajar tersebut. Kita boleh ketawa dengan telatah mereka. Dan kita boleh sama berdebar bagi mengetahui siapa bakal tersingkir. AA pasti, semua rakyat Malaysia pernah melalui detik-detik yang AA cakap tadikan…(jangan bohong…..walaupun bukan untuk musim ke 9 mahu pun ke 8 pasti anda semua penah merasainya pada musim-musim terdahulu….hehehehehe). Itulah magik rancangan ini. Boleh menyatukan seisi keluarga.

Selain itu, pada musim ke 2, AF telah mengambil pelajar-pelajar dari sabah dan sarawak. Secara tidak langsung bagi penduduk di semenanjung, kita dapat belajar serba sedikit tentang sabah dan sarawak dari pelajar-pelajar ini. Kita tahu lagu-lagu mereka dan ayat-ayat meraka serta budaya mereka. Dengan ini kita lebih dekat dengan mereka yang berasal diri sabah serta sarawak.

Selepas ini tiada lagi ungkapan yang sering pengacara AF akan sebut iaitu, “satu harapan, satu tujuan, satu destinasi, mengubah impian menjadi reality…” Ungkapan ini hanya menjadi kenang-kenangan bagi setiap dari kita..

Inilah serba sediket tentang rancangan yang AA paling suka. Rancangan reality tv pertama di hati AA. Iaitu AKADEMI FANTASI. Dari rancangan inilah, AA baru mengenali apa itu teknik vocal, apa itu persembahan dan sebagainya. Banyak ilmu yang AA dapat dari menonton rancangan ini. Walaupun racangan ini akan diberhentikan siarannya, tapi yang pasti rancangan ini tetap ada dihati AA…..



P/S: Sorry entry panjang siket..almaklum la da musim terakhir...lagi pun rancangan yg AA suka..hehhehehehehehe




credit to google and wikipedia...

No comments:

Post a Comment