Perisitwa Israk dan Mikraj ini diriwayatkan berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke 11 selepas Rasulullah s.a.w diangkat menjadi Rasul. Ketika tersebut Rasulullah s.a.w yang sedang berehat di rumah di rumah Ummu Hani, sepupu Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s menjemput Rasulullah dengan seekor binatang yang dipanggil Buraq. Binatang tersebut membawa Rasulullah s.a.w dan malaikat Jibril dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh untuk bertemu Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w kemudian pulang ke kota Mekkah sebelum terbit matahari keesokannya. Pelayaran Rasulullah s.a.w dari Kota Mekkah ke Baitul Maqdis dan pulang kembali ke Kota Mekkah dalam masa tidak sampai satu malam, tidak dapat dipercayai oleh orang-orang Musyrik di kota Mekkah. Malah, mereka yang lemah iman mereka, turut tidak mempercayai peristiwa ini hingga sebahagian dari mereka keluar dari agama Islam.
No comments:
Post a Comment