luv

Sunday, June 19, 2011

BERINTERAKSI

Kenapa lah gatal sungguh tangan AA nie nak mengodek folder2 lama kat laptop nie. Kan dah tetiba je rindu nak berinteraksi dengan dia. Huhuhuhuhu… secara jujurnya, AA nak bagai tahu yang AA sangat merindui untuk berinteraksi dengan dia. Walaupun kadang-kadang akal logic AA cakap AA tak patut berinterasi dengan dia, tapi hati AA suruh AA berinteraksi dengan dia. Sampailah satu kejadiaan yang berlaku dan membuatkan dia semakin menjauhi diri dengan AA. Bak kata orang tua-tua, ‘kerana mulut badan binasa.’ ‘mulut tempayan boleh kita tutup.’ Tapi secara jujurnya AA redha dengan semua ini. Tidak ada sekelumit dendam pun dalam hati ini, hanya sekuman terkilan je dengan kejadian yang berlaku. Tapi AA kena terima hakikat ini, kerana daripada mula persahabatan ini, akal logic AA sudah menidakan perbuatan AA ini. Kerana mengikut perasaan hati, akhirnya hati jugak terasa sakitnya.hahahaha… Adat dalam persahabatan. Tidak semuanya manis-manis belaka. Tidak semuanya akan kekal hingga akhir hayat kita. Terima kasih kerana mengajar AA, terima kasih kerana sudi menerangkan semua benda berkenaan hobby dia. Terima kasih kerana pernah menceriakan hidup AA. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan AA walaupun sekejap. Terima kasih…. Tak kan pernah AA lupa semuanya. AA harap semua impian-impian dia akan terlaksana satu hari nanti. Doa AA sentiasa mengiringinya.



p/s: AA ok je..cuma ttibe je ter'miss' nak berinteraksi dengan dia...hehehehehe.....

No comments:

Post a Comment