Salam tahun baru…
Entry kali ini AA nak cerita pasal cheese cake. Dari dulu lagi AA memang minat sangat nak buat cheese cake. Tapi memandangkan kat umah AA nie oven yang ada tak berapa nak canggih dan AA sendiri tak berapa pandai sangat nak bakar membakar nie so hasrat hati AA terpendam sahaja. Sampai la satu ketika bila AA pergi raya kat rumah bekas jiran AA kat puncak alam. Nama jiran AA yang cantik manis ini ialah k.siti. Nama betul k.siti AA tak tahu la pulak. Hehehehe. Atas jasa baik K.siti la AA dapat buat cheese cake yang tak payah nak bakar2. Dan hasilnya sangat memuaskan hati. So kalu sape2 nak resepi ini sila la salin. Hehehehe….
CHEESE CAKE
By: k.siti jiran (sebelah rumah)
Bahan A
250 g biskut merry.
80 g mentega yang telah dicairkan.
Bahan B
250g Cheese Philadelphia
¾ tin susu pekat manis
3 sudu teh perahan orange (AA tak letak tp gantikan dgn esen vanilla 1 sudu teh)
3 sudu teh serbuk agar-agar kosong (campurkan serbuk agar2 ini dengan sedikit air panas dan kacau hingga larut.)
Cara-cara
- Gaul bahan A tadi seratanya dan tekan ke dalam Loyang hingga padat. Tekan bahanA seperti kita membuat nasi impit.
- Campurkan semua bahan B ke dalam mixer sehingga semuanya sebati.
- Tuang adunan bahan B tadi ke dalam Loyang yang telah berisi dengan bahan A.
- Seterusnya simpan dalam peti ais hingga beku
No comments:
Post a Comment