luv

Wednesday, January 25, 2012

PERNAH TAK???


Salam semua.

Macam mana hari ini? Semua sihat ke? Alhamdulillah… Allah masih memberi kita peluang dan ruang untuk bernafas lagi di bumi Allah yang tercinta ini. Apa yang korang sedang buat tu? Dah makan ke belum? AA harap apa sahaja yang korang semua lakukan akan diberkati oleh pencipta kita.Amin..

Kali nie AA nak bawa korang melayari serba sedikit kehidupan AA sebagai seorang manusia. Pernah tak korang semua hadapi situasi-situasi di mana masa korang sekolah rendah, orang sekeliling korang mesti nasihatkan korang suruh belajar bersungguh-sungguh. Pernah tak?? Kalu pernah sila terus membaca. Hahaahahaha.. Bila korang darjah 6 orang-orang disekeliling korang mesti suruh korang buat yang terbaik tuk UPSR supaya korang dapat masuk sekolah berasrama dan dalam hati korang sebenarnya tak terhinggin langsung nak masuk pun sekolah berasrama kerana korang tak nak terlepas rancangan cartoon kegemaran korang. Pernah tak??? Pastu bila time result UPSR keluar orang disekeliling korang akan berebut-rebut nak tahu result yang korang dapat. Sama seperti bila korang PMR, mereka juga akan berebut-rebut nak tahu result yang korang dapat dan dengan tidak di minta memberi nasihat mereka dengan bermurah hati memberi nasihat supaya korang ambik aliran sains sebab senang nak cari kerja. Tak pun diorang akan suruh korang kalu boleh masuk MRSM. Pernah tak situasi nie terjadi kat korang??? Lepas result SPM keluar, orang di sekeliling korang akan sebuk menanyakan tak dapat masuk mana-mana ke???

Bila korang dapat masuk university tuk buat diploma, orang di sekeliling korang akan sebuk lak tanya tak nak sambung degree ke??? Bila da abis degree diorang akan tanya tak nak sambung master ke???? Bila korang jawab tak nak la, sebab da letih la belajar. Mesti diorang akan tanya bila nak kawen?? Umur da meningkat nie?? Dah ada calon ke??? So apa yang patut korang jawab bila soalan-soalan seperti nie korang dapat??? Padahal pada masa tu korang tak de kawan dengan sape-sape pun, korang xde perancangan langsung dalam perkara ini sebab pada masa nie korang tengah focus tuk cari kerja and kumpul harta. So apa yang korang akan buat???

Pastu di situasi lain pula, bila kawan-kawan seperjuangan kalian telah ramai yang mendirikan rumah tangga dan sekelumpuk golongan kawan-kawan anda sendiri bertanya pada anda wei ko bila nak kawen?? Umur kita da tua la. Cuba korang bayangkan apa yang patut korang jawab bila kawan-kawan korang sendiri yang terang lagi bersuluh dengan spotlight menanyakan soalan ini sedangkan diorang sendiri tahu korang takde dengan sesapa pun. Apa yang korang nak buat masa tu??? Pastu segolongan kawan-kawan korang nie telah membuat korang terfikir bahawa ada masa ke korang nak bercinta dan mengenali lelaki sebab umur korang dah makin berusia. Apa yang korang nak buat???

Bagi AA apa yang penting???? KERJASAMA!!!! Hahaahahahaha. AA pun tak de idea nak tulis apa. Hahaahaha… Bak kata orang dulu-dulu, kalu jodoh tak ke mana. Insyallah cepat atau lambat kita pasti ada jodoh masing-masing. Yang penting kita kena cintai pencipta kita lebih dari kita cinta sesama manusia kerana sifat cinta itu bukan milik kita tetapi hanya pinjaman Allah kepada kita. Teruskan usaha, berdoa, dan bertawakal ke pada NYA.

INSYALLAH!!!


No comments:

Post a Comment