luv

Tuesday, January 24, 2012

AKHIRNYA....

Salam..

Hai semua. Apa khabar? Sihat ke? Ke da h batuk-batuk dan deman? Jangan makan limau banyak-banyak. Hehehehe… Di kesempatan ini AA nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua yang meraikannya. Tahun ini merupakan tahun naga air. Yeayea!!! Tahun AA di lahirkan.hehehe.

Berbalik pada cerita yang AA nak cerita tuk entry kali ini. Seperti yang semua sudah tahu ataupun AA lupa nak bagi tahu, AA sebenarnya masih study lagi. AA sambung degree ini lepas AA abis diploma. Pada bulan JULY 2009 AA telah menyambungkan diri AA tuk ambik degree ini. Seperti yang semua tahu ataupun tak berapa pasti course AA ini mengambil masa 2 tahun setengah. Sepatutnya, mengikut perancangan, AA telah abis study bulan December 2011. Memandangkan kerajaan tetiba telah memanjangkan cuti semester tuk pertengahan 2011, so semester terakhir AA terpaksa dianjakkan. Oleh yang demikian, AA dijangka habis degree pertengahan tahun 2012. Tak kesah apa pun yang terjadi yang penting AA telah menjalankan tanggungjawab as a student sebaiknya.(bukan sebab AA kena extend tau...sbb cuti yang di panjang kan...hahahaahah)

Semua pelajar degree semester akhir dikehendaki menyiapkan satu research study. AA juga harus menyiapkan research study ini bagi menyempurnakan degree AA. Setelah berpenat lelah, berkorban banyak benda, akhirnya research ini AA dapat siapkan juga.

Ribuan terima kasih kepada advisor AA DR. Noorlaila kerana memantau dan menasihatkan AA dalam menyelesaikan research ini. Jasa DR. tak kan saya lupakan. Terima kasih DR. DR memang baik. Kepada kawan-kawan AA Fada dan Cik lis, terima kasih kerana kalian sering membantu AA. Terima kasih kepada pekerja-pekerja APSH kerana sudi menjawab questionnaire AA dan terima kasih kepada K.atie dan Fatin sebab tolong check my grammar, tidak lupa terima kasih kepada Ina kerana memberi contoh research anda as a guideline. Terima kasih semua. Tanpa anda semua mustahil research ini dapat AA sempurnakan.


ini tuk soft copy..


research AA pandangan dari tepi.


akhirnya....tententeng!!!!siap jugak....


Dengan berakhirnya research ini, AA secara tidak rasmi telah tamat belajar.(kalu rasmi bila da convo nanti..hahaahaha) Yeaaaayeaaaa!!!! Penat lelah, suka duka, sedih gembira sepanjang bergelar student degree ini telah AA harungi dan telah AA hadapi dengan sabar. Walaupun tak berapa nak sabar tapi AA tetap abis jugak degree AA ini. Tahniah AA sebab AA berjaya juga abis degree. Selamat tinggal puncak alam, selamat tinggal UITM. Terima kasih banyak-banyak kerana UITM telah banyak berjasa dengan AA dan banyak yang AA pelajari di sini. UITM sentiasa dihatiku.



Gate utama ke UITM Puncak Alam



Di sini la AA menimba ilmu sepanjang degree ini. Bangunan yang tinggi sebelah kanan. itu la faculty AA.

Mercu tanda di UiTM Puncak Alam. Tangga Batu Caves.hehehe


TERIMA KASIH UITM. TERIMA KASIH LECTURER KU. TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN KU. TERIMA KASIH SEMUA. UITM SENTIASA DI HATIKU!!!

No comments:

Post a Comment