luv

Wednesday, January 18, 2012

TERIMA KASIH KERAJAAN....


Terima kasih kerajaan kerana memperuntukan sejumlah peruntukan yang besar bagi memberi voucher pembelian buku kepada kami. Seperti yang semua sedia maklum, AA baru saje lepas praktikal. So ingatkan AA tidak layak la dengan peruntukkan voucher tersebut. Tetapi tetibe je kawan AA post kat FB cakap kami layak dapat voucher tersebut dekat pejabat bendahari.

Dengan tidak membuang masa dan peluang, dan kebetulan semalam AA terpaksa pergi balik ke university AA bagi membuat presentation research, dengan segera lepas presentation AA dan kawan AA, Ayien terus ke pejabat bendahari.(hahaha….gelojoh kan…benda free memang laju je kan…hahaha)… Bukan apa, bukan selalu peluang begini kita dapat kan. So mesti la kita kena rebut peluang yang mendatang..hehehehe…. so lepas nie jangan cakap kerajaan tak buat pape pada rakyat.. sila pikir2 kan apa yang telah kerajaan buat pada kita dari kita kecik hingga besar dari dulu hingga kini. Sila renung2kan dan selamat bermengundi. Bukan sebab AA dpt voucher nie AA sokong kerajaan okey semua… AA memang sokong kerajaan dari dulu lagi…jangan salah faham…hehehehe

Memandangkan AA akan menjadi penanam anggur buat sementara waktu ini, so boleh la AA mengisi masa lapang sambil tanam anggur dengan membaca. Dengan voucher rm200 kita boleh membeli bermacam2 buku. So sila guna voucher itu dengan sebaiknya….sebelum terlupa AA nak ucapkan TERIMA KASIH KERAJAAN SEBAB KASI VOUCHER RM200 INI KEPADA KAMI…

Nasib lah dapat voucher…if kerajaan kasi duit memang entah apa kan AA beli. I think better kerajaan kasi voucher mcm nie dari kasi duit. Same goes to budak2 sekolah. Sebab takut parents salah guna duit tersebut. Bukan semua tapi mesti ada sebilangannya….(sorry if terasa sebab ini adalah kenyataan yang perlu kita semua terima).

AA tengah berfikir2 nak beli buku apa eh...eemmm....kepada kawan-kawan yang telah guna voucher tersebut selamat membaca...dan pada yang belum selamat membeli-belah...semoga kita dapat memupuk sikap suka membaca dikalangan rakyat malaysia....amin....


*credit to ayien., sebab pinjam kan gambar tangan n voucher ini..sorry makcik..ak mls nk ambik gambar...hahahahaaha...jangan marah....ak da wt credit tuk ko...heheehehe

2 comments: